CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50|Reply: 0

[Sabah] Kebakaran musnahkan kilang dan rumah sewa, penyewa dan pekerja selamat

[Copy link]
Post time 29-4-2025 08:40 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Suasana cemas menyelubungi seramai 27 pekerja dan penyewa di kawasan kilang di Jalan Kokol, Menggatal dalam kebakaran awal pagi tadi (29 April).


Insiden yang berlaku sekitar jam 3.50 pagi itu menyebabkan penyewa termasuk pekerja kilang menyelamatkan diri apabila api mula marak di tengah kawasan antara dua lot kilang di kawasan itu.


Pengurus kawasan kilang, Valliant Ho, 32, berkata kawasan kilang itu mempunyai sebanyak 25 lot.


Seramai 12 penyewa kilang telah menyewa beberapa lot kilang, sementara selebihnya dijadikan rumah pekerja, rumah sewa dan bilik sewa.


Ho berkata, pada awal kejadian dia dikejutkan oleh pekerjanya yang menyedari kebakaran itu pada jam 3 lebih pagi dan terus bertindak mengejutkan semua penghuni serta membawa keluarganya keluar dari kawasan berkenaan.


“Saya nampak api marak di tengah-tengah antara dua lot kilang di kawasan itu. Kami terus hubungi bomba dan polis, kami juga cuba padamkan api tetapi tidak ada air langsung kerana gangguan bekalan air,” katanya kepada Sabah Media di lokasi kejadian.


Ho turut cuba menyelamatkan beberapa barang penting dan memindahkan kenderaan, namun sebahagian besar gagal diselamatkan kerana api merebak terlalu cepat.




Sementara itu, penyewa empat lot kilang di kawasan itu, Liew Man Ken, 28, yang tidak menetap di situ, berkata dia hanya mengetahui tentang kebakaran tersebut selepas dihubungi oleh pengurus kawasan sekitar jam 6 pagi.


“Saya ada tempahan keseluruhan hampir 300 pintu yang perlu disiapkan. Semua kayu, mesin, peralatan lain dan sebuah kereta musnah terbakar. Saya akan hubungi pelanggan sama ada mereka boleh tunggu sehingga semua selesai atau saya akan pulangkan deposit mereka,” katanya.


Mus Ismenyah, 43, yang juga pengusaha perabot turut terkesan apabila tempahan perabot pasang siap miliknya musnah sepenuhnya. Katanya, dia kini sedang mempertimbangkan untuk membeli semula kelengkapan perniagaan bagi menyiapkan tempahan pelanggan yang tertangguh.


“Saya ada lima tempahan perabot pasang siap daripada pelanggan. Saya akan minta masa tambahan daripada pelanggan untuk siapkan tempahan. Kalau mereka tidak boleh tunggu, saya akan pulangkan deposit,” katanya.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba Agustavia Joe Guasi, dalam kenyataannya berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 pagi dan jentera pertama tiba sepuluh minit kemudian, sejauh lapan kilometer dari Balai Bomba Lintas.


Kebakaran melibatkan keseluruhan struktur kilang musnah. Turut musnah ialah lapan kenderaan iaitu sebuah lori tanker air 16,000 liter, tiga buah forklift, sebuah motosikal Honda Cup, sebuah Proton Satria Neo, sebuah Toyota Land Cruiser 4×4, dan sebuah Isuzu Invader 4×4.


Pasukan bomba menggunakan sumber dari jentera water tanker bomba dan pili berhampiran. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.08 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 2.23 petang.




Operasi melibatkan kekuatan 44 anggota daripada tiga Balai Bomba, termasuk 22 dari Lintas, sembilan dari Kota Kinabalu, dan dua dari Tuaran.


Turut membantu ialah pasukan dari PDRM (empat anggota) dan Sabah Electricity (dua pegawai).


Menurut Agustavia, punca kebakaran masih dalam siasatan bahagian forensik bomba. - SABAH MEDIA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039737 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list