CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2804|Reply: 58

[Tempatan] Harga bukan main mahal, orang Bangsar jadikan sebagai beg grocery je

[Copy link]
Post time 25-5-2025 05:08 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial dikecam teruk gara-gara memuat naik hantaran mengutuk beg tangan berjenama, Longchamp yang disamakan seperti ‘recycle bag’ (beg kitar semula) bagi orang-orang kaya.

Pengguna tersebut dalam satu ciapannya berkata, orang ramai perlu mengelakkan daripada membeli beg tersebut kerana tidaklah semewah yang disangkakan.

“Dalam banyak-banyak beg, elaklah beli Longchamp. Orang-orang Bangsar buat beg tu sebagai ‘recycle bag’ untuk barang-barang basah.

“Tak pelik bila kau lihat pemandu atau pembantu dorang angkat barang-barang basah guna beg Longchamp. Ada yang pakai Louis Vuitton juga. Aku kesian tengok orang beriya beli Longchamp sekali bila ke Bangsar, nahhhhhh..,” ciapnya.

Susulan itu, ciapan itu mendapat reaksi negatif malah kecaman teruk daripada pengguna lain yang menganggap ianya hak masing-masing untuk menggayakan apa jua jenis pakaian dan aksesori yang ada.

“Pakai je lah beg apa nak pakai pun. Tak perlu validasi orang lain untuk apa kita pakai dan guna. Dan ada apa dengan rujukan ‘Orang Bangsar’ ni? Tak kagum langsung,” katanya.

Selain itu pengguna tersebut berkata beg Longchamp sememangnya sangat praktikal untuk diguna untuk meletak barang-barang yang dibeli kerana ruang yang besar.

“Saya ada lima beg Longchamp, sebab ada ruang yang besar, praktikal, muat masuk tablet, botol air, ‘powerbank’, telekung dan lain-lain.

“Saya rasa dia ni ada penyakit hati ni sampai benda ni pun nak kena sakit kepala lepas tu muat naik status pasal hal orang lain dan beg mereka,” ciap pengguna wanita berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang bersetuju dengan pengguna wanita berkenaan malah memberikan kecaman kepada pemilik ciapan asal yang mengutuk beg Longchamp itu.

“Haha dia baru tahu ke? Beg Longchamp saya bukan setakat barang basah, boleh letak lampin anak siap, makanan kucing, barang suami segala. Tu pun sebab saya beli pada asalnya. Saya tak tinggal dekat Bangsar pula,” komen Midori.

“Kisah pula orang lain nak buat apa dengan beg tu. Pakai jelah beg apa nak pakai. Tak perlu fikir tentang orang lain. Selagi sesuatu bermanfaat, guna je,” komen Ado.

“Beg ni tujuannya untuk kita simpan barang. Bukannya kita nak menunjuk jenama mewah ke apa. Kalau nak menunjuk tu, bawa-bawa lah bersihkan hati,” komen Nabila pula.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Beg terpaling function. Travel, shopping, balik kg semua sumbat bag ni je. Kotor basuh, sampai hancur pakai.

Budak ni mesti LC pun tak mampu beli, tu bitter semacam
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo lah budak nih
Ngko acah2 kaya ke?
Gebang lebih

Lantak pi lah org nak pakai apa jenis beg isi kicap belacan ke hapa
Bitter lebih
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek akak kat kampung pakai lv pi pasar beli ikan
Siap letak kat lantai lagi... hade nenek tu pedulik?
Takde assistant /drebar pun?
Kitorg gelak2 je tengok

So much of your bangsar
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Baideway mmg tahan lasak LC nih
Agaknya dah lebih 20 tahun masih tak mereput.... stress rasa bersalah beli baru while lc masih elok
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak beli lc leather tapi takde rezeki lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2025 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
So what kalau recycle bag kau, Longchamp? Hina ke jadinya brand tu sampai orang lain kau hasut jangan beli?

Jangan hidup tunduk pada pressure masyorekat dek. Do you, please.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu i ol ada 4, dik.
Memang itu lah fungsi nya.
Walaupun membeli di Speedmart je. Tak perlu ke Bangsar pun.

Beli barang kat mart dia kata takde plastic bag, no hal for me. I hempuk je barang-barang tu dlm bag.

Tote bag ni memang fungsi dia pelbagai. Dlm neverfull, selipar anak I ol pun I ol sumbat tau.

Sebab tu lah beli beg besar, dik non.
Function!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 09:12 PM | Show all posts
Longchamp yang besar boleh lipat dan button tu senang nak pakai sebab bila tak pakai boleh buat jadi compact dan senang simpan. Bila nak pakai, boleh buka saja dan boleh isi banyak barang juga. Takde la agaknya orang bawak pergi majlis exclusive ke apa. Tapi kalau bawak shopping biasa2 dia agak memudahkan kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 09:54 PM | Show all posts
nazzse replied at 25-5-2025 11:19 AM
Beg terpaling function. Travel, shopping, balik kg semua sumbat bag ni je. Kotor basuh, sampai hancu ...

boleh masuk w/machine ke sis?

kena masuk dlm laundry bag ke atau campak terus je?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lc hitam i still elok dah 12 tahun. Baru2 ni je ioilss keluarkan dr tempat simpanan n pakai buat basahan amek anak skola. Oh tadi pun pakai pegi sukan anak. Last 2 month i ada beli yg baru kt jpo. Harga ok je utk pakai lasak n campak2. Yg ni color hijau tua. Sgt2 praktikal dari LV yg manja tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 25-5-2025 07:19 PM
Beg terpaling function. Travel, shopping, balik kg semua sumbat bag ni je. Kotor basuh, sampai hancu ...

Setuju 100%
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut lahh org tu nak beg guna utk apa. Multipurpose kann. Ada jugakk org nak fokus bnde2 cmni. Prgilah fokus isu lainn ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 12:17 AM | Show all posts
share pic plis..longchamp lc bagai nih yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 12:28 AM | Show all posts
andartu ramai pakai longchamp
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 08:57 AM | Show all posts
iols geng letak beg dalam beg plastik 99speedmart
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2025 09:07 AM | Show all posts
ifanonline replied at 26-5-2025 12:28 AM
andartu ramai pakai longchamp

lahh kenapa pulok.. ko ni ipan.. tak andartu pun pakai LC juga..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 09:20 AM | Show all posts
Edited by Samerosie at 26-5-2025 09:26 AM

Oh yg macam kain guni tu bukan guna tuk sopping ke?
Tp lc pun dah banyak jual kat shoppee so mungkin yg derang guna tuk sopping bag tu had sopi punya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 09:39 AM | Show all posts
nazzse replied at 25-5-2025 11:19 AM
Beg terpaling function. Travel, shopping, balik kg semua sumbat bag ni je. Kotor basuh, sampai hancu ...

Yes. LC sangat2 praktikal. Muat la letak ipad, telekung siap sejadah nipis. Botol air anak, botol susu, setel. Just a bag. Tayah la beria nak kutuk2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 26-5-2025 10:31 AM

Aku pon ade beg longchom ni
Tapi beg langkawi mari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.056141 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list