CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 2

Sibuk terima undangan persembahan, Azlee Senario terpaksa tutup gerai buah tepi jalan... Mahu kembali berniaga tambah pendapatan

[Copy link]
Post time 25-5-2025 12:19 PM | Show all posts |Read mode


PELAWAK Azlee Senario berhasrat untuk memulakan kembali perniagaan menjual buah-buahan seperti yang pernah diusahakan sekitar empat tahun lalu.


Menurut Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 58, dia sebelum ini terpaksa memberhentikan seketika jualan berkenaan disebabkan banyak menerima undangan persembahan bersama kumpulan Senario selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik semula.


"Selepas dua tahun PKP, situasi jadi seperti biasa dan Senario masih dapat undangan untuk membuat persembahan. Jadi saya hentikan menjual buah buat seketika untuk berikan komitmen buat Senario.


"Syukur rezeki kumpulan kami ini tidak putus-putus


"Tapak masih ada, jadi saya akan beraksi balik berniaga buah nanti sama macam zaman PKP dahulu," katanya kepada mStar.




Tambahnya niat tersebut bukan suatu yang mudah untuk dilakukan memandangkan dia perlu mencari pekerja bagi membantu di gerai.


Azlee juga enggan melepaskan tapak yang sedia ada dan menganggap perniagaan ini satu peluang baik untuk menambah pendapatan.


"Sayang tapak itu masih ada, sekarang tengah cari seorang atau dua orang pekerja.


"Nak cari pekerja bukan senang sebab ramai memilih pekerjaan," ujarnya.


Pada 2021, Azlee membuka gerai buah-buahan yang terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.


Jelas Azlee dia membuka perniagaan itu demi menambah pendapatan selepas arahan PKP dilaksanakan dan tiada kerja boleh dilakukan sebagai seorang artis.




Malah pelawak itu tidak sangka perniagaan yang dilakukan berjaya menjana pendapatan sehingga mampu menyara keluarganya dalam keadaan dunia dilanda wabak Covid-19. - mStar




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Skg musim org meniaga sambil buat live.. aii pernah termasuk dlm live org padahal aii mmg dah jaga2 xmau termasuk dlm live dia.. tp tuu laa nk marah xboleh sbb aii pun mmg tau kedai tu sambil masak sambil live..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Penampilan selekeh & nampak busuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.333924 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list