CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45|Reply: 0

[Sarawak] Terap kemahiran AI di luar bandar

[Copy link]
Post time 28-4-2025 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Program MCMC-Microsoft AI Teach Skills for AI-Enabled Economy cerminkan komitmen kerajaan memajukan komuniti luar bandar dengan kemahiran AI



Julaihi bersama yang lain merakam kenangan selepas melancarkan Program MCMC-Microsoft AI Teach Skills for AI Enabled Economy Peringkat Negeri Sarawak di CENTEXS hari ini.

SANTUBONG: Program Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)-Microsoft AI Teach Skills for AI-Enabled Economy mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak memajukan komuniti luar bandar dengan kemahiran kecerdasan buatan (AI).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ia bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak tercicir dalam arus pembangunan digital negeri, seiring pelaksanaan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Sarawak 2030.

Jelasnya, program ini memberi penekanan kepada latihan asas AI, etika, keselamatan digital serta kemahiran praktikal yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan bidang pekerjaan.

“Komitmen Kerajaan Sarawak adalah untuk memastikan transformasi digital dinikmati secara inklusif oleh seluruh rakyat, termasuk komuniti di kawasan luar bandar.

“Kita tidak mahu ada masyarakat yang ketinggalan. Pada masa sama, kita mahu memastikan pendapatan isi rumah rakyat Sarawak meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program MCMC-Microsoft AI Teach Skills for AI Enabled Economy Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Syed Mohamad Fauzi Shahab, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Dato Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC)  Dato Sudarnoto Osman dan Pengarah Cawangan MCMC Kuching Scott Kueh Sui Yek.

Julaihi berkata, Kerajaan Sarawak berusaha memastikan setiap lapisan masyarakat memperoleh akses kepada peluang dan infrastruktur sedia ada untuk menyertai arus pembangunan digital negeri.

"Masyarakat luar bandar mempunyai potensi besar. Dengan peluang, kemudahan dan ilmu yang diberikan, mereka mampu bersaing di peringkat negeri dan negara," katanya.

Sebagai contoh ujarnya, kejayaan program MySRBN di Pulau Bruit, yang dikendalikan oleh SDEC membuktikan bahawa dengan penyediaan infrastruktur dan program pemerkasaan, komuniti luar bandar boleh mengadaptasi teknologi moden dengan baik.

“Saya masih ingat Pulau Bruit dahulu tiada capaian Internet. Namun selepas pembangunan menara pintar dan pelaksanaan projek JENDELA, kini kualiti Internet di sana amat memuaskan, malah hasil ujian kelajuan Internet menunjukkan capaian yang baik.

“Satu contoh lagi ialah apabila kita mula memperkenalkan MySRBN, ramai penduduk berbaris untuk mendaftar, terutama apabila kita laksanakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Ini membuktikan kesediaan mereka untuk terlibat dalam ekonomi digital,” kata beliau.

Selain fokus kepada pembangunan digital, Julahi menambah, Kerajaan Sarawak juga komited memperkasakan jaringan fizikal dengan pembinaan jalan pesisir dan jambatan baharu di kawasan luar bandar.

“Antaranya seperti pembinaan Jambatan Muara Lassa, Jambatan Kemena dan Jambatan Kuala Rajang yang telah siap, memudahkan pergerakan rakyat dan menghubungkan laluan pesisir.

“Justeru, kita perlu menyediakan bukan sahaja capaian Internet tetapi juga ketersambungan fizikal untuk membuka lebih banyak peluang kepada penduduk luar bandar," jelasnya.

Berlangsung selama dua hari mulai 26 April, program MCMC-Microsoft AI Teach Skills for AI-Enabled Economy dianjurkan oleh MCMC dengan kerjasama Microsoft Malaysia serta rakan strategik CENTEXS, SDEC, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Biji-biji Initiative.

Objektif penganjuran adalah untuk memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas AI, kefahaman mengenai etika penggunaan teknologi dan penerapan kemahiran pratikal sebagai persiapan menghadapi keperluan pasaran kerja yang semakin mencabar dan berasaskan teknologi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040137 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list