TOMATO yang berwarna merah, sering digunakan dalam pelbagai masakan.
Walaupun sering dianggap sebagai sayuran, tomato sebenarnya termasuk dalam kategori buah-buahan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan bermanfaat untuk kesihatan.
Buah ini bukan sahaja menjadi penambah perisa bagi masakan, ia juga kaya dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin, mineral dan antioksidan yang dapat menyokong kesejahteraan tubuh badan, dan pelbagai lagi khasiat yang terdapat dalam sebiji tomato.
Manfaat utama tomato adalah mengandungi kepelbagaian sumber vitamin. Antaranya, vitamin C yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imun tubuh.
Tomato membekalkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada keperluan vitamin C dalam badan.
Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai agen antioksidan yang membantu melawan radikal
bebas dalam tubuh, sekali gus mencegah kerosakan sel-sel tubuh yang boleh membawa
kepada pelbagai masalah kesihatan.
Tomato juga mengandungi vitamin A dan K yang penting untuk sistem imun, kulit, penglihatan serta tulang.
Tomato juga terkenal dengan kandungan likopen, sejenis antioksidan yang memberikan warna
merah pada buah ini. Likopen berfungsi dalam membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ia berfungsi dengan mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam darah dan meningkatkan kolesterol baik.
Dengan pengambilan tomato yang konsisten, risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan strok dapat dikurangkan. Oleh itu, tomato sangat baik untuk menjaga kesihatan jantung.
Kelebihan tomato ini juga dapat mengurangkan pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser.
Dengan pengambilan tomato, tubuh akan lebih kebal terhadap pelbagai jenis penyakit dan jangkitan.
Tomato kaya dengan serat, yang berperanan penting dalam mengawal paras gula darah dan membantu melambatkan penyerapan gula, sekali gus mengelakkan lonjakan mendadak dalam paras gula selepas makan.
Ini sangat bermanfaat bagi pesakit diabetes jenis 2, yang mengalami kesukaran untuk mengawal paras gula darah mereka.
Selain itu, likopen adalah sejenis karotenoid yang memberikan warna merah pada tomato, mengandungi antioksidan yang sangat kuat dan dapat mengurangkan risiko kanser seperti kanser perut, prostat, paru-paru serta ovari.
Manfaat tomato tidak terhad kepada kesihatan dalaman sahaja, malah ia juga memberi impak
positif terhadap kecantikan kulit.
Tomato mengandungi vitamin A dan C yang penting untuk menjaga kesihatan kulit. Vitamin A membantu dalam pembentukan sel kulit yang baru,manakala vitamin C pula be fungsi untuk mencerahkan kulit dan melawan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus.
Tomato juga dapat membantu merawat masalah kulit seperti jerawat dan kulit berjerawat, kerana sifat anti-inflamasinya yang dapat mengurangkan keradangan pada kulit.
Oleh itu, adalah amat disarankan untuk memasukkan tomato dalam diet harian kita untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang optimal. - BH Online
|