Edited by JoyahMengayah at 13-6-2025 04:01 AM
PETALING JAYA – Pelakon Datin Almy Nadia mengakui menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan namun terpaksa memendam niat tersebut kerana belum mendapat keizinan daripada suaminya, Datuk Fizz Fairuz.
Ujar Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 40, pasangan hidupnya itu tidak bersetuju andai dirinya menjadi terlalu kurus kerana disifatkan tidak cantik dimatanya.
“Suami saya ini kadang-kadang bongok juga. Dia cakap, ‘Ma janganlah kurus sangat, nanti tak sedap peluk.
“Macam itulah dia. Dia marah kalau saya nak kurus. Katanya kalau dah sekeping, saya dah tak lawa.
“Saya pula asyik merayu, ‘Tolong la pa, saya nak berubah jadi kurus’,” katanya dalam TikTok.
Tambah pelakon drama Janji Jaskina itu, selain suami tidak memberi keizinan, faktor penyusuan anak turut menjadi antara halangan untuknya kembali langsing buat masa ini.
“Dia cakap boleh nak kurus tapi sabar bagi anak-anak besar dulu. Sekarang anak masih menyusu lagi.
“Macam saya ni, bila anak menyusu, memang akan gemuk. Sebab saya makan banyak,” ujarnya.
*Kosmo
|