CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9422|Reply: 148

[Tempatan] Sudah menjerit memberi amaran kepada pelajar supaya bersiap sedia – Pemandu Bas Mohon Maaf Kepada Pelajar UPSI , dedah brek gagal berfungsi sejauh lebih satu kilometer.

[Copy link]
Post time 10-6-2025 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 10-6-2025 11:33 AM

Saya Dah Cuba Segalanya!” – Pemandu Bas Mohon Maaf Kepada Pelajar UPSI
Pemandu bas UPSI dedah brek gagal berfungsi sebelum nahas meragut 15 nyawa.



Saya dah cuba segalanya, tapi Allah lebih tahu…”, itulah antara luahan penuh sebak pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, selepas terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut 15 nyawa, termasuk 14 pelajar UPSI.

Kemalangan berlaku di Jalan Jeli-Gerik awal pagi semalam, dan Amirul kini dirawat di Hospital Taiping, Perak.

“Brek tiba-tiba tak berfungsi”- Pemandu bas.
Menurut Amirul, semuanya berlaku terlalu pantas. Bas yang bertolak dari Terengganu dikatakan dalam keadaan baik sehinggalah sampai ke jambatan lintasan gajah di Gerik


Ketika itu saya sudah cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas juga kosong menyebabkan semua tidak berfungsi termasik brek tangan dan gear bas juga tidak boleh ditukar.

Seingat saya empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian berlaku. Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcam. Saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik.

Amirul turut menjerit memberi amaran kepada pelajar supaya bersiap sedia menghadapi apa yang bakal berlaku

Saya jangka bas bergerak dalam keadaan brek tidak berfungsi sejauh lebih satu kilometer. Yang duduk belakang mungkin tak dengar, mereka sangka saya sedang marah.”

Dia juga menafikan dakwaan memandu laju kerana memang sudah biasa dengan laluan Jeli-Gerik.

“Saya menangis tengok keadaan mereka”- Pemandu bas.

Selepas kemalangan, Amirul sempat sedar dan bantu pelajar keluar melalui cermin depan yang pecah.

Saya sendiri sedih dan menangis dengan apa yang berlaku, namun apakan daya. Sepanjang saya memandu bas, ini pertama kali saya terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa.

Mohd Amirul yang berasal dari Besut kini menunggu pembedahan tangan kirinya yang patah dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.

Saya hanya mampu meminta maaf kepada semua dan saya menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2025 11:32 AM | Show all posts
Mohon polis cari sapa pegawai puspakom yg luluskan kenderaan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
yenil95 replied at 10-6-2025 11:32 AM
Mohon polis cari sapa pegawai puspakom yg luluskan kenderaan ni.

Yeopp.. ini yg plg terbaik.. kome luluskan pas tuu anak anak org naik.. pas tu eksiden.. takde ke kome rasa bersalah amik duit berdarah dr tokeh tokeh yg bg rasuah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 11:52 AM | Show all posts
wajibkan la bas ada dashcam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 11:52 AM | Show all posts
Dalam 1 km tu reduce speed pun tak boleh ke? Loksi bukan highway lane kanan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ah gitu ujung2 kaitkan Allah la pulak. Dasar tahi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2025 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkin kenderaan berat kena pakai 'payung terjun' cam jet pejuang atas kapal pengangkut tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 11:56 AM | Show all posts
keadaan jln kt situ menurun bukit ke? sbb mmg laju dari blkg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2025 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 10-6-2025 11:52 AM
Dalam 1 km tu reduce speed pun tak boleh ke? Loksi bukan highway lane kanan.

Tak rasa dia tekan minyak pun... tekan brake yg tak function tu jer ... tapi jalan turun bukit... memang laju je meluncur

Disclaimer: jgn kata i backing driver pulaks.... i reply berdasarkan artikel
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 10-6-2025 12:23 PM

Nak kata death final destination datang standby ka atau sumpahan mak gajah ka
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:19 PM | Show all posts
Edited by nuralisa at 10-6-2025 12:43 PM
ninja boy replied at 10-6-2025 12:12 PM
Nak kata death datang standby ka atau sumpahan mak gajah ka

aku dr smlm tunggu.. kalau ada komen camni..
mak gajah sumpah .. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
So boss engkau la yang masok jel sebab tak wat mentenen bas ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by saliv at 10-6-2025 12:29 PM



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 10-6-2025 11:56 AM
keadaan jln kt situ menurun bukit ke? sbb mmg laju dari blkg..

Ai tgu kalau ada sesiapa familiar dgn kawasan kemalangan maut ni..
Adakah sepanjang 1km tu menurun bukit?
Berapa km/j agak2 kelajuan bas tu masa kemalangan?
Kot2 sesiapa ada bijak pandai kat porem ni ada masa buat projection terhadap soalan2 Ai itu??
Mohon share info
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:32 PM | Show all posts
Ai_kiu replied at 10-6-2025 12:28 PM
Ai tgu kalau ada sesiapa familiar dgn kawasan kemalangan maut ni..
Adakah sepanjang 1km tu menurun ...

yaa itu la yg i nk tahu.. sbb mcm bercanggah pulak statement driver & mangsa2 yg selamat & saksi2 lain..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:39 PM | Show all posts
Edited by Prickford at 10-6-2025 05:12 AM

Beliau kata tak penah mengalami kemalangan sepanjang bergelar pemandu bas. Mungkin betul la kata tokey bas yg driver bas ni rekod bersih, pemandu berhemah. Cuma dia beri tahu brek gagal fungsi sehingga semua function termasuk gear tak boleh guna, itu kita tunggu siasatan pihak berwajib pulak. Sadly kelindan dia maut, not driver.

Update:

Ahhh sudahhhhh...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2025 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 10-6-2025 12:46 PM

Kalau tgk gambar eksiden sebelah menara electric korang pi google map lokasi, boleh tgk jajaran menara electric
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts


Kena tanya pelajar² betul ke pemandu ada menjerit. Buat takat ni pelajar cuma ckp bawak laju ,bau hangit,takde pulak kata pemandu menjerit suruh siap sedia.
Ke ada tpi ai terlepas ?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 10-6-2025 01:48 PM

yg pelajar upsi dgr dia marah2 tu sebenarnya dia menjerit2 sebab brake tak makan ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.217580 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list