Edited by JoyahMengayah at 13-6-2025 04:18 AM
PETALING JAYA: Penyanyi antarabangsa yang popular dengan lagu kerohanian, Maher Zain, 44, bakal mendedikasikan empat lagu sebagai memperingati rakyat Palestin dalam Konsert Jelajah Asia Tenggara di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 16 Ogos depan.
Katanya, walaupun kelihatan seolah-olah sedang berseronok dan bergembira dengan peminat, namun tidak pernah melupakan penderitaan rakyat Palestin.
"Sehingga kini, saya masih aktif menggunakan platform media sosial untuk memperjuangkan Palestin, termasuk ketika menjayakan konsert jelajah di seluruh dunia.
"Memang tiada seorang pun dapat bayangkan kesakitan mereka. Saya akan sentiasa mengingatkan Palestin dalam lagu-lagu menerusi konsert jelajah," ujarnya lagi.
Sementara itu, artis kelahiran Sweden-Lubnan itu kembali ke Asia Tenggara dengan siri konsert dinanti selepas kali terakhir enam tahun lalu.
Selain Kuala Lumpur, Maher akan menjelajah ke The Star Theatre, Singapura pada 21 Ogos dan Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu pada 23 Ogos.
Siri jelajah itu adalah persembahan pertama Maher Zain di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu selepas pandemik COVID-19.
Pada 2019, tiket siri jelajah Maher licin dijual di empat bandar dalam masa beberapa hari, sekali gus mencerminkan kedudukannya sebagai penyanyi Islamik antarabangsa yang berpengaruh di rantau ini.
BH
|