CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

Trump umum penangguhan tarif selama 90 hari kepada lebih 75 negara

[Copy link]
Post time 11-4-2025 09:15 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (gambar) pada Rabu mempertimbangkan penangguhan 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang, satu langkah yang disifatkannya sebagai hasil rundingan diplomatik dan semangat muhibah sebagai faktor disebalik langkah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Saya telah mempertimbangkannya sejak beberapa hari lalu. Saya berbincang dengan Scott, Howard dan beberapa individu profesional lain… dan saya fikir keputusan ini dimuktamadkan awal pagi ini,” katanya merujuk kepada Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dan Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick.

“Ia ditulis dari hati, dan saya rasa kandungannya cukup baik.

"Ia ditulis sebagai sesuatu yang positif, bukan sahaja untuk dunia, tetapi juga untuk negara kita.

“Kita tidak mahu menyusahkan negara yang tidak perlu disusahkan — dan mereka semuanya ingin berunding,” katanya.

Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama Presiden Trump menaikkan tarif ke atas import dari China kepada 125 peratus.

Pada masa yang sama, lebih 75 negara menerima penangguhan selama tiga bulan daripada tarikh akhir yang akan menyebabkan mereka dikenakan tarif melebihi kadar asas 10 peratus, dengan sebahagian negara dijangka berdepan kadar lebih tinggi.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump menjelaskan bahawa keputusan penangguhan dibuat selepas menerima permintaan daripada negara-negara terlibat yang ingin berunding mengenai isu berkaitan perdagangan, halangan perdagangan, tarif, manipulasi mata wang dan bentuk tarif bukan monetari.

Beliau turut memuji negara-negara itu yang menurutnya tidak bertindak balas “dalam apa jua cara terhadap Amerika Syarikat”.

Pasaran saham bertindak balas secara positif terhadap keputusan itu, menyaksikan lonjakan bersejarah — dengan indeks Nasdaq melonjak lebih 12 peratus manakala Dow Jones meningkat lebih 7.8 peratus selepas mengalami kejatuhan ketara sepanjang minggu lalu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.036327 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list