CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12068|Reply: 0

Syarat 'gila': Wanita, ada iPhone dan kereta mewah

[Copy link]
Post time 2-2-2025 09:25 AM | Show all posts |Read mode


Beijing: Sebuah pusat urut di China menawarkan perkhidmatannya pada harga yang sangat murah, tetapi dengan syarat pelanggan mesti adalah wanita dan memiliki iPhone model terkini atau kereta mewah untuk membuktikan mereka tergolong dalam golongan 'luar biasa'.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan premis yang terletak di Shenzhen, selatan China, mempromosikan perkhidmatan eksklusif itu di satu aplikasi dalam talian.

Tawaran itu merangkumi terapi tradisional China selama 80 minit dengan harga serendah sembilan yuan (kira-kira RM6). Sebagai perbandingan, urutan biasa di bandar itu lazimnya berharga sekitar 200 yuan (RM130).

Namun, tawaran itu bukan untuk semua orang, sebaliknya pusat urut itu menetapkan 27 syarat bagi mendapatkan harga istimewa itu, dan pelanggan wanita mesti memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada syarat itu.

Antara kriteria ditetapkan ialah memiliki hartanah di kawasan perumahan mewah, memandu kereta Audi, Mercedes atau Porsche, menggunakan iPhone 16 Pro Max, atau memiliki beg tangan berjenama mewah.

Selain itu, mereka yang bekerja di syarikat teknologi gergasi seperti Tencent atau Huawei, memegang status pemastautin Hong Kong atau Macau, atau pernah melancong ke Eropah atau Amerika Syarikat (AS) turut layak.

Pusat urut itu juga membuka tawaran perkhidmatannya kepada pempengaruh media sosial dengan lebih 500,000 pengikut; pengasas jenama terkenal, serta profesional seperti doktor dan pegawai bank.

Dalam satu mesej kepada pelanggan, pusat urut itu menyatakan: "Jika anda tidak memenuhi syarat ini, teruskan berusaha pada tahun 2025 ini!"

Mereka turut menegaskan bahawa objektif utama bukan untuk keseronokan semata-mata, tetapi bagi memberi motivasi kepada pelanggan supaya berusaha untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.

Menurut seorang pekerja di pusat urut itu, pelanggan perlu mengemukakan bukti bahawa mereka memenuhi syarat sebelum menikmati tawaran harga rendah ditawarkan.

Namun, seorang pelanggan yang tidak mahu dikenali menyatakan bahawa perkhidmatan diterima tidak jauh berbeza dengan urutan biasa.

Setakat ini, lebih 100 tempahan sudah dibuat menerusi aplikasi berkenaan.

Netizen mempersoalkan sama ada hanyalah sekadar gimik pemasaran, memandangkan mereka yang memenuhi syarat berkenaan mungkin tidak kisah mengenai bayaran sembilan yuan itu.

Sementara itu, ada yang berpendapat pusat urut ini mungkin menyasarkan pelanggan berstatus tinggi untuk kemudian menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih mahal.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.037007 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list