CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13630|Reply: 0

Tahun Baharu Cina: Imigresen Singapura beri amaran aliran trafik sesak di pusat pemeriksaan

[Copy link]
Post time 21-1-2025 08:02 AM | Show all posts |Read mode

Foto fail NSTP

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura hari ini memberi amaran mengenai 'aliran trafik yang sangat tinggi' di pusat pemeriksaan daratnya dengan Malaysia sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, ICA menasihatkan pengembara untuk 'menjangkakan kelewatan dan mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen" dari 24 Januari hingga 2 Februari ini, memetik pemeriksaan yang dipertingkatkan masih dijalankan.

Pihak berkuasa itu turut menekankan peningkatan mendadak dalam jumlah pengembara semasa cuti sekolah akhir tahun baru-baru ini, apabila lebih 24 juta pengguna melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, peningkatan 20 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.

Pada 20 Disember 2024, sebanyak 562,000 lintasan yang memecahkan rekod dicatatkan dalam sehari, mengatasi rekod sebelum ini iaitu lebih 553,000 lintasan pada 13 Disember 2024.

"Pengguna kenderaan terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk pemeriksaan imigresen semasa waktu puncak, disebabkan kesesakan lalu lintas dari Malaysia," menurut ICA.




ICA turut mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar, termasuk memastikan pasport mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan dan mengelakkan membawa barangan larangan atau terkawal. – BERNAMA-XINHUA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.047910 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list