CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13396|Reply: 0

Bomba tangkap hantu ganggu wanita

[Copy link]
Post time 21-1-2025 07:35 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan. - Istimewa
JAKARTA – Pasukan bomba dan penyelamat di Indonesia berdepan detik menyeramkan apabila mereka menerima panggilan kecemasan untuk menangkap hantu, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di bandar Pekanbaru, wilayah Riau, baru-baru ini.

Ketua Agensi Bomba dan Penyelamat Pekanbaru, Hendro Putra Gautama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan) daripada seorang wanita.

“Wanita itu meminta kami menangkap hantu di rumah sewanya kerana rimas sering diganggu.

“Kami memutuskan untuk membantu wanita berkenaan kerana salah seorang anggota kami mampu menghalau hantu,” kata Hendro.

Tambah Hendro, proses ‘penangkapan’ itu mengambil masa yang sangat lama.

“Ia mengambil masa selama dua jam. Hantu itu kemudian dipindahkan pada sebatang pokok,” tambahnya. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.049726 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list