CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30|Reply: 0

[Kedah] Pasukan aerobatik Tentera Udara India tarik diri pertunjukan LIMA’25

[Copy link]
Post time 20-5-2025 01:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 20-5-2025 02:00 AM

Pasukan aerobatik Tentera Udara India tarik diri pertunjukan LIMA’25

19 Mei 2025 02:05pm




Mohamed Khaled. Foto Bernama



LANGKAWI - Pasukan aerobatik Tentera Udara India Surya Kiran menarik diri daripada menyertai pertunjukan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, India pada awalnya mengesahkan hasrat untuk menghantar pasukan aerobatik ke pameran dwitahunan itu, namun terpaksa membatalkan penyertaan disebabkan isu yang sedang melanda negara berkenaan.


" .... mereka (India) tidak dapat teruskan hasrat itu kerana kita pun tahu keadaan, dan cabaran yang sedang dilalui negara berkenaan,” katanya pada sidang media selepas sesi tinjauan persediaan LIMA’25 di sini pada Isnin.

Walaupun India menarik diri, Mohamed Khaled berkata, pameran itu akan tetap menampilkan pertunjukan aerobatik daripada beberapa pasukan terkenal antarabangsa, termasuk Russian Knights dari Rusia, dan Jupiter dari Indonesia.


"Penyertaan pasukan aerobatik kita (dalam negara) juga ada pertunjukan solo terdiri daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, Layang-Layang Flying Academy dan juga Aerotree Defence and Services," katanya.

Secara keseluruhan Mohamed Khaled berkata, sebanyak 57 pesawat udara akan terlibat untuk pameran edisi ke-17 ini, dengan 43 aset udara statik dari dalam dan luar negara, peningkatan daripada hanya 34 aset semasa LIMA'23.

"Pecahannya sebanyak 26 aset udara dari dalam negara dan 17 lagi dari luar negara seperti Brunei, Jerman, Itali, Kanada, Singapura, Rusia, dan Amerika Syarikat. Ini termasuk aset daripada sektor komersial seperti dari India, Brazil, Perancis dan Itali," katanya.

Bagi segmen maritim pula, beliau berkata sebanyak 31 kapal dari dalam dan luar negara terlibat dalam pameran statik dan perbarisan armada.

"Jumlahnya juga meningkat berbanding hanya 19 kapal pada LIMA'23 dan daripada 31 kapal itu sebanyak 19 adalah dari dalam negara manakala 12 dari luar negara seperti Singapura, Indonesia, dan Amerika Syarikat.

"Untuk pertunjukan maritim, jumlah keseluruhan aset yang terlibat adalah sebanyak 39 aset berbanding 28 aset pada LIMA'23," katanya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/729282/berita/nasional/pasukan-aerobatik-tentera-udara-india-tarik-diri-pertunjukan-lima25


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.033298 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list