CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24|Reply: 0

[Sabah] Sembilan tuntutan dalam MA63 diselesaikan Kerajaan Madani: UPKO, PBRS

[Copy link]
Post time 13-5-2025 06:44 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang mengganggotai gabungan politik kebangsaan pada ketika ini merupakan ‘jambatan Sabah di Putrajaya’.

Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick dan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan bersama berkata, kedua-dua parti itu memainkan peranan yang sama konsisten dengan parti-parti Sabah yang lain dalam memperjuangkan isu-isu yang menjadi keprihatinan utama di Sabah termasuklah Perjanjian Malaysia 1963.

"Perjuangan 'Sabah First' memerlukan kerjasama semua parti politik di Sabah yang harus dijayakan melalui hubungan baik di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri secara perundingan yang bijaksana, bukannya secara konfrontasi.

"UPKO dan PBRS menyuarakan pelbagai isu Sabah dalam platform gabungan politik masing-masing, termasuk di Kabinet.

"Ini terbukti berkesan dengan sembilan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan oleh kerajaan MADANI hari ini," kata mereka dalam kenyataan, semalam.

Mereka menjelaskan empat daripada tuntutan itu pula telah diselesaikan oleh kerajaan terdahulu.


UPKO dan PBRS akan terus memperjuangkan tuntutan-tuntutan MA63 yang selebihnya termasuk keperluan pembangunan 'Sabah First' dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (2026-2030) mengikut pendekatan perundingan dan kerjasama dengan parti-parti lain yang ada di Sabah.

"UPKO dan PBRS juga bersetuju supaya aspirasi tempatan harus menjadi asas kepada perundingan gabungan besar politik Sabah bagi menghadapi pilihan raya negeri, tanpa menjejaskan kestabilan politik dan keharmonian rakyat yang diperlukan untuk membangunkan masa depan Sabah dan menjadikan Persekutuan Malaysia lebih baik.

"UPKO dan PBRS akan terus menyumbang kepada perpaduan rakyat Sabah serta pada masa yang sama ingin menyumbang kepada kesatuan rakyat Malaysia," kata mereka lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.041260 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list