CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1247|Reply: 29

[Tempatan] Nahas trak FRU: Pemandu lori minta maaf kepada keluarga mangsa

[Copy link]
Post time 19-5-2025 03:10 PM | Show all posts |Read mode




TELUK INTAN: Pemandu lori muatan batu yang terlibat nahas tragis membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik di sini Selasa lalu, memohon maaf kepada keluarga mangsa.


Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, berkata, dia berharap keluarga kesemua mangsa dapat memaafkannya.


“Saya memang minta maaf. Saya harap keluarga mangsa dapat maafkan saya,” katanya.


Rudi Zulkarnain berkata demikian selepas  dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan setelah selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM6,000 bagi sembilan pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU pada 13 Mei lalu.


Pembayaran wang jaminan tersebut dibuat oleh majikan lelaki itu dikenali sebagai Ravi, 58, dan jiran sekampungnya dikenali sebagai Roslan, 62.


Masing-masing membayar jaminan berjumlah RM4,000 dan RM2,000.


Bagaimanapun, lelaki yang berasal dari Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang itu ditangkap semula oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk. selepas 20 minit dibebaskan.


Penahanan semula lelaki itu bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.


Difahamkan, permohonan reman ke atas Rudi Zulkarnain akan dikemukakan pihak polis di Mahkamah Majistret Teluk Intan esok.


Menerusi laporan media Selasa lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin dilaporkan berkata, kenderaan membawa anggota FRU itu dirempuh dari hadapan oleh lori muatan batu yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng.


Menurut beliau, kemalangan berlaku ketika trak dinaiki kesemua mangsa bersama enam kenderaan FRU lain dalam pergerakan konvoi pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.


Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, lapan anggota FRU dari Unit 5 Sungai Senam maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
being in the wrong lorry at the wrong time …semua gone wrong
macam final destination dh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 03:31 PM | Show all posts
Penahanan semula lelaki itu bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:37 PM | Show all posts
Bagaimanapun, lelaki yang berasal dari Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang itu ditangkap semula oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk. selepas 20 minit dibebaskan.
Penahanan semula lelaki itu bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.

Apa ni? Dahlah, tak jadi aku nak kesian kat ko.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke yg bayarkan jaminan tu influencer pompuan siap follower dia puji melambung sbb bantu org susah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 20-5-2025 08:43 AM

Yg lembu tu masih tahap soal siasat, mmbntu siasatan kan. So nnti dia kluar balik tnpa prlu jamin kot klau dia x trlibat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2025 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ade dashcam masa di tmpt  kejadian tu lg membantu..byk sgt kronology ckp2 kosong..takziah waris2 mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 07:27 AM | Show all posts
Salam takziah buat waris mangsa. Aku hrp pemandu ni mmg ikhlas nk mnta maaf.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2025 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Menurut beliau, kemalangan berlaku ketika trak dinaiki kesemua mangsa bersama enam kenderaan FRU lain dalam pergerakan konvoi pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak

Salah perayaan Chitra Pournami
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 19-5-2025 03:31 PM

Keselamatan Lembu pun tak boleh jaga, macam nak jaga Keselamatan Hindu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Rekod driver lori ni mcm2 siap ada kes rogol. Tak tahu la jenis org mcm mana kental sungguh buat jenayah mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 20-5-2025 07:47 AM
Rekod driver lori ni mcm2 siap ada kes rogol. Tak tahu la jenis org mcm mana kental sungguh buat jen ...

Siap ada kes rogol? Tapi netizen mati matian back up..Jgn ungkit kisah silam katanya..Macam anggota FRU yg meninggal tu pulak penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Glass_shoes replied at 20-5-2025 03:36 AM
Siap ada kes rogol? Tapi netizen mati matian back up..Jgn ungkit kisah silam katanya..Macam anggot ...



Kalau satu kes yg dah berlaku 20 tahun dulu ok la nk kata jgn ungkit. Ini sampai 6 siap ada lagi terkait kes curi lembu. Cukup2 la husnuzon.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes curi cow tu bila? Kalau dh berzaman perlu tangkap lagi ker
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ada 6 rekod lampau pun tak pernah nak insaf, apatah lagi kalau 13 rekod lampau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 20-5-2025 01:06 PM
Kalau satu kes yg dah berlaku 20 tahun dulu ok la nk kata jgn ungkit. Ini sampai 6 siap ada lagi ...

Penjual belon jalanan kena balun dengan abam PBT tu lagi hebat.
Umur 29 dah ada 13 rekod.
Assuming buat jahat dari umur 18 (lepas sekolah), setiap tahun purata 1.181818 rekod.
Pun begitu... tetap ada netijen yang kesian dan simpati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2025 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 20-5-2025 10:41 PM
Penjual belon jalanan kena balun dengan abam PBT tu lagi hebat.
Umur 29 dah ada 13 rekod.
Assuming ...

Ramai yang kata polis dah spin dan leatk kesalahan pada driver lori.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Glass_shoes replied at 20-5-2025 11:36 AM
Siap ada kes rogol? Tapi netizen mati matian back up..Jgn ungkit kisah silam katanya..Macam anggot ...

Ada nampak diaorang berkata secara teknikal kes rogol atau kes lampau tu takde kaitan dengan pemanduan sebab dia kena charge bawah seksyen 41 akta pengangkutan jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 20-5-2025 02:41 PM
Penjual belon jalanan kena balun dengan abam PBT tu lagi hebat.
Umur 29 dah ada 13 rekod.
Assuming ...

Ooo.. abg belon yg siap nk saman dbkl tu kan... Astaga.. Ape kejadahnya bekap org gini. Tak de langsung unsur insaf kalo baru umur 29 dgn 13 rekod I baca pun dia provoke org dbkl dan degil masa suh dia beredar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 08:30 AM | Show all posts
ntah la bang
aku rasa mesti doa2 lembu, org dianiaya makbul doanya
mcm kena kifarah lak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.274375 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list