CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

[Sabah] Konsulat RI Tawau perkukuh kerjasama ekonomi Indonesia-Malaysia

[Copy link]
Post time 26-4-2025 08:49 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Aris (tiga kiri) bersama Asri (dua kiri) memotong reben simbolik perasmian Indo Borong, hari ini.
TAWAU: Usaha memperkukuhkan kerjasama ekonomi antara Indonesia dan Malaysia, khususnya di kawasan sempadan terus digiatkan melalui pelbagai inisiatif oleh Konsulat Republik Indonesia (RI) di Tawau.

Ketua Konsulat RI Tawau, Aris Heru Utomo berkata, salah satu langkah konkrit ialah pelancaran Indo Borong, sebuah premis perniagaan yang mengkhususkan penjualan produk asli dari Indonesia.

Katanya, Konsulat RI Tawau akan sentiasa mendokong usahawan yang mahu memasarkan produk-produk daripada Indonesia yang mempunyai permintaan tinggi di daerah ini.

“Indo Borong menawarkan pelbagai barangan dari Indonesia seperti makanan kering dan pelbagai keperluan harian lain yang diimport khas, sebahagian besarnya dari Nunukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Indo Borong, di sini hari ini.


TANDATANGAN: Aris menandatangani plak perasmian dalam majlis berkenaan.

Menurutnya, Konsulat RI Tawau akan sentiasa membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kedua-dua negara menjalin hubungan dagang secara langsung.

Aris berkata, Konsulat RI Tawau berperanan sebagai pemudahcara dalam mewujudkan jalinan kerjasama antara usahawan Malaysia, terutamanya dari Sabah, dengan pengeluar dan pemborong dari Indonesia.

“Kami memfasilitasi pertemuan antara usahawan dari Tawau dan pemain industri dari Indonesia. Selain itu, kami juga aktif mengajak mereka untuk menyertai pameran dagang di Indonesia.

“Contohnya tahun lalu, beberapa usahawan Tawau telah menyertai Trade Expo Indonesia, yang membuka peluang besar untuk memperluas rangkaian perniagaan mereka,” katanya.

Katanya, Konsulat RI Tawau juga bersedia membantu dalam hal logistik dan komunikasi, termasuk menghubungkan pihak-pihak berkepentingan dengan agensi dan pengeluar di Indonesia, sekiranya diperlukan.

Beliau menegaskan bahawa usaha seperti ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan ekonomi antara dua negara berjiran, tetapi juga memberikan impak langsung kepada komuniti perniagaan tempatan.

“Dengan adanya perniagaan Indo Borong dan sokongan aktif dari Konsulat, kerjasama ekonomi rentas sempadan antara Indonesia dan Malaysia diharap akan terus berkembang pesat,” katanya.


ALBUM: Aris bergambar bersama pemilik Indo Borong selepas majlis perasmian premis berkenaan.

Sementara itu, Pemilik Indo Borong, Asri Sahibu berkata keputusan memilih produk Indonesia sebagai fokus perniagaan di Malaysia dibuat berdasarkan kehadiran signifikan warga Indonesia di daerah ini.

“Setakat ini, sambutan produk Indonesia sangat menggalakkan. Kebanyakan pelanggan kami adalah dari luar kawasan, seperti Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kota Kinabalu dan juga Sarawak,” katanya.

Katanya, barangan dari Indonesia dieksport ke Malaysia menggunakan kontena atau kapal khas yang berlabuh di pelabuhan Tawau.

“Kami guna laluan pelabuhan untuk memudahkan kemasukan produk ke Tawau dan ia melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) secara sah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034398 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list