CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57|Reply: 0

[Sabah] JIM hantar 623 PTI warga Filipina pulangkan ke negara asal

[Copy link]
Post time 25-4-2025 03:25 PM | Show all posts |Read mode


USIR: PTI warga Filipina diusir pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan.

SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 623 warga Filipina dalam Program Pemindahan Tahanan Pendatang Tanpa Izin (PTI) melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga City, Filipina.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, PTI terbabit terdiri daripada 483 lelaki, 80 wanita, 60 kanak-kanak termasuk bayi seawal usia 11 bulan hingga warga emas berumur 79 tahun dipindahkan daripada Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan.

Katanya, kesemua PTI yang dipindahkan dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, termasuk kesalahan memasuki negara tanpa pas atau permit yang sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

“Mereka menjalani hukuman penjara dan dibenarkan pulang selepas melengkapkan proses dokumentasi pemulangan.

“JIM Sabah turut memaklumkan bahawa semua nama tahanan PTI yang terlibat akan disenaraihitamkan dalam sistem Imigresen mengikut jenis kesalahan yang dilakukan, sekaligus menghalang mereka daripada memasuki Malaysia semula secara sah,” katanya.

Beliau berkata, proses pemindahan berjaya direalisasikan hasil kerjasama erat dengan Kedutaan Republik Filipina yang mengeluarkan dokumen perjalanan yang sah untuk kesemua tahanan.

“Sehingga kini, seramai 3,993 orang warganegara Filipina berjaya dipulangkan ke negara asal melalui pintu masuk negeri Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan warganegara asing yang telah dipindahkan dalam program ini seramai 4,834 orang.

“JIM Sabah turut menegaskan bahawa kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang menyalahgunakan kemudahan imigresen, termasuk majikan dan pemilik premis yang menggaji pekerja asing tanpa dokumen yang sah.

“Tindakan tegas termasuk pendakwaan akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang mengikut Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Beliau juga menggesa semua pihak terutama majikan agar memastikan pengambilan pekerja asing dilakukan melalui saluran sah berlandaskan undang-undang, bagi mengelakkan implikasi perundangan dan menyokong kawalan kemasukan warga asing secara berhemah dan sistematik.

“Dalam usaha berterusan membanteras kehadiran PTI, Jabatan Imigresen Negeri Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa di seluruh negeri,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049135 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list