CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12479|Reply: 0

TikToker Muslim Khaby Lame kini duta Unicef

[Copy link]
Post time 2-2-2025 09:35 AM | Show all posts |Read mode


Dakar: TikToker yang paling ramai pengikut di dunia, Khaby Lame, semalam, dinamakan sebagai duta untuk agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika dia melawat Senegal, tempat kelahirannya.

Pempengaruh dari Itali berusia 24 tahun itu menduduki tempat teratas dalam aplikasi TikTok, dengan 162.8 juta pengikut dan menjadi terkenal kerana video pendek senyap yang menyindir tutorial petua 'berbelit-belit' yang banyak terkandung di Internet.

Lame menyelitkan videonya dengan isyarat tanda dagangannya - tapak tangan dipusingkan ke arah langit, diiringi senyuman dan mata yang lebar sambil dia menawarkan penyelesaian mudah.

"Saya amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Khaby Lame menyertai keluarga besar Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) sebagai duta muhibah baharu," kata pengarah wilayah bagi agensi itu, Gilles Fagninou, semasa satu majlis di sebuah hotel di Dakar, pada penghujung lawatan empat hari Lame di negara Afrika Barat itu.

Sementara itu, Lame berkata, dia tahu semua kanak-kanak boleh berkembang maju apabila mereka diberikan ruang dan peluang sewajarnya.

"Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai seorang kanak-kanak yang takutkan kemiskinan, bergelut untuk menimbulkan minat di sekolah dan kehilangan pekerjaan saya semasa pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan di laman web Unicef.

Lame menyertai barisan duta muhibah Unicef lain, termasuk bintang bola sepak, Lionel Messi dan David Beckham, serta penyanyi, Katy Perry.

Idea kandungan Lame di TikTok tercetus semasa dia mengembara di sekitar projek perumahan di mana keluarganya tinggal di Chivasso, berhampiran Turin, Itali, selepas kehilangan pekerjaan sebagai mekanik kilang pada Mac 2020, akibat pandemik Covid-19.

Kandungan di media sosial itu membantunya mengaut kutipan kira-kira AS$16.5 juta (kira-kira RM73.5 juta) melalui tawaran pemasaran dengan syarikat, antara Jun 2022 dan September 2023, menurut Forbes.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.037599 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list