CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14977|Reply: 0

Bayar RM18 sehari, pura-pura pergi kerja

[Copy link]
Post time 19-1-2025 07:10 AM | Show all posts |Read mode

PEJABAT yang menyediakan makan tengah hari khusus untuk penganggur mengambil perkhidmatan berpura-pura kerja. FOTO Agensi

Beijing: Syarikat di China menawarkan perkhidmatan pura-pura bekerja khusus untuk membantu individu yang enggan berterus terang dengan keluarga bahawa mereka sebenarnya penganggur.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, perkhidmatan itu dilengkapi ruang pejabat dan makan tengah hari dengan caj 30 yuan (kira-kira RM18) sehari.

Seorang netizen di wilayah Hebei di utara China berkongsi video ruang pejabat dan mengiklankannya sebagai alternatif bijak untuk mereka yang malu kerana menganggur.

"Untuk 29.9 yuan (kira-kira RM18) sehari, kamu boleh 'bekerja' di sini dari jam 10 pagi hingga 5 petang, termasuk makan tengah hari," katanya.

Seorang lagi netizen tanpa nama mempromosikan perkhidmatan serupa, mengenakan bayaran 50 yuan (kira-kira RM31) untuk pelanggan menyamar sebagai majikan di kerusi kulit dan mengambil gambar untuk meyakinkan keluarga mereka.

"Banyak syarikat besar memberhentikan pekerja.



"Saya mempunyai pejabat ganti dan fikir ini boleh memberi ruang kepada penganggur untuk tinggal dan berhubung," tulisnya.

Katanya, belum ada sesiapa yang mengunjungi pejabatnya.

Trend berpura-pura bekerja mendapat perhatian di media sosial China dengan topik berkaitan meraih lebih 100 juta tontonan.

Seorang pemerhati dalam talian berkata ia membantu meringankan tekanan psikologi terhadap penganggur.

Bagaimanapun, ada juga mengkritik perkhidmatan itu kerana mempromosikan pelarian dengan alasan ia menghalang proses mencari pekerjaan baharu.

"Selepas saya diberhentikan kerja enam bulan lalu, ibu bapa saya membantu saya pulang ke kampung halaman.

"Ibu bapa akan sentiasa menyokong kamu, jangan pernah hilang keyakinan pada diri sendiri," tulis seorang netizen.

Pada Jun 2023, kadar pengangguran belia di China mencecah rekod tertinggi 21.3 peratus bagi kumpulan usia 16 hingga 24 tahun, menyebabkan pihak berkuasa menangguhkan penerbitan data selama beberapa bulan.
[url=]sumber[/url]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038482 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list