CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1065|Reply: 8

[Jenayah] Dah Hantar Surat, Tengku Zafrul Nak Letak Jawatan!

[Copy link]
Post time 3-6-2025 07:51 AM | Show all posts |Read mode


Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebentar tadi (30 Mei) mengumumkan telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi satu kenyataan berkata, beliau telah melepaskan semua jawatan di dalam parti iaitu ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Jelas beliau, surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada pucuk pimpinan UMNO bahkan beliau telah mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri.

“Keputusan ini bukan sebuah keputusan yang mudah. Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan daripada sahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk daripada Presiden sendiri.

“Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak tahun 1997 lagi.

“Akhirnya, keputusan ini dibuat setelah bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor keserasian dan kesesuaian,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sudah nyatakan hasrat sertai PKR

Beliau dalam masa sama juga sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

Beliau juga sedia mengikuti proses permohonan lazim untuk menjadi ahli parti tersebut.

UMNO nafi terima surat letak jawatan

Pun begitu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Tengku Zafrul.

Tegas beliau UMNO memandang serius niat peletakan jawatan yang dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu menerusi hantaran di Facebook malam ini.

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook miliknya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2025 08:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2025 07:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2025 07:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2025 02:26 PM | Show all posts
Apa yang sebenarnya  TERJADI ..?   Mengapa TOKOH  UMNO yang selalu selalu kukuh dengan policy status keistimewaan bangsa melayu sekarang beralih mendukung MALAYSIA MADANI ?

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2025 07:08 PM | Show all posts
Dia ni siapa kjaan situlah dia lompat. Asalnya geng abah cow, lps tu join umno lps tu skrg nak join pkr. Dah le attention seeker perasan hensem sbb ada acik2 neti yg bodoh2 duk memuji mamat ni hensem. Sekali tgk hermmm, part tu takpelah. Dia pulak terus seronok dfn pujian acik2 bodoh dah jadi bettambah attention seeker pulak dah skit masa ritu, phuii ko tu menteri bukan retiss huh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2025 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok
Dah hantar surat ke belom?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2025 04:41 PM | Show all posts
AKAN BERSINAR ATAU TERUS TENGELAM?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2025 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru betul menonggang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.046309 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list