CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1011|Reply: 50

[Tempatan] Cuaca panas 36 dan 37 Celsius pada Julai, Ogos

[Copy link]
Post time 13-6-2025 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Terkini
Cuaca panas 36 dan 37 Celsius pada Julai, Ogos

Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
12 Jun 2025, 1:26 pm
Share on facebook


PUTRAJAYA- Beberapa kawasan di bahagian utara dan pedalaman tanah air dijangka mengalami purata suhu lebih tinggi berbanding lokasi lain sepanjang Monsun Barat Daya (MBD) yang berlaku bermula Mei hingga September depan.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia, Ambun Dindang berkata, kawasan pedalaman dijangka merekodkan suhu lebih tinggi berikutan lebih terdedah kepada sinar matahari yang mana mudah diserap oleh bumi.



“Ia sekali gus menjadikan kawasan panas lebih dirasai di kawasan pedalaman dan utara di Semenanjung Malaysia.


“Jika diimbas, suhu tertinggi pernah direkodkan di Chuping, Perlis pada 10 April 1998 dengan bacaan 40.1 Celsius. Itu ketika El Nino dan ia suhu tertinggi pernah direkodkan di negara kita,” katanya pada Sesi Libat Urus Bersama Media Mengenai Persiapan Kerajaan Menghadapi MBD di sini tadi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai jangkaan suhu yang mungkin direkodkan sepanjang MDB, Ambun berkata, purata suhu panas itu dijangka mencatatkan bacaan sekitar 36 dan 37 Celsius.

“Ia terutamanya pada bulan Julai dan Ogos, maka biasanya itu ialah suhu yang paling tinggi.

“Jadi, suhu itu biasanya yang paling tinggi (ketika MBD), tetapi dalam bulan Oktober ia akan turun kembali,” jelasnya.


Sementara itu, ketika ditanya sama ada akan ada sebarang kawalan pergerakan ketika cuaca panas MBD, katanya, perkara itu dilihat tidak memberi masalah ketika ini.

“Bagaimanapun, dalam aspek pemantauan, kita akan keluarkan kenyataan sama ada gelombang itu berlaku atau sebaliknya kerana suhu boleh tinggi kadang-kadang.

“Jadi, kita akan memberikan maklumat dari masa ke semasa untuk mengeluarkan amaran sama ada gelombang itu tahap 1,2 atau 3,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2025 08:58 AM | Show all posts
so nak kena pegi opis pakai tupis ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 09:11 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-6-2025 08:58 AM
so nak kena pegi opis pakai tupis ke apa ni?

jgn lupa pakai topi dan sunglass and sapu lotion sunscreen.

btw mmg sejak 2 ari lps panas gila. pdhal a day before hujan lebat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah cuaca di Malaysia ni humidity bukan 36~37 darjah tu. Itu yang orang luar kata and I agree. Kalau tengok sporting event mereka akan highlight suhu, angin dan humidity tapi orang Malaysia tak cakna bab humidity ni sampai ada pengulas sukan Malaysia bila baca reading humidity tu nampak dia tak faham, contoh apa maksud 70%.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2025 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-6-2025 08:58 AM
so nak kena pegi opis pakai tupis ke apa ni?

Banyakkan mengaji Al Quran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2025 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-6-2025 09:12 AM
Masalah cuaca di Malaysia ni humidity bukan 36~37 darjah tu. Itu yang orang luar kata and I agree. K ...

70% humidity tu maksudnya Kepengapan..atau Kekepaman acik2 Kepam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2025 09:17 AM | Show all posts
Sekarang ni pun dah terasa lit-lit nya
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 09:31 AM | Show all posts
belum July ni pun dh panas sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2025 09:49 AM | Show all posts
mejaputih replied at 13-6-2025 01:11 AM
jgn lupa pakai topi dan sunglass and sapu lotion sunscreen.

btw mmg sejak 2 ari lps panas gila. p ...

ahak ahak,, pastu key in waze pegi pd la camtu teruihhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 09:50 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 13-6-2025 01:15 AM
Banyakkan mengaji Al Quran.

aisehh terus tajadi capai tupis

capai jubah
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 10:46 AM | Show all posts
aiyo skang pun dah panasss
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 10:49 AM | Show all posts
mejaputih replied at 13-6-2025 09:11 AM
jgn lupa pakai topi dan sunglass and sapu lotion sunscreen.

btw mmg sejak 2 ari lps panas gila. p ...

duduk kat luar kejap je terbakar kulit
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 10:55 AM | Show all posts
Dapatkan vit D asli iaitu matahari di waktu pagi utk merawat kesakitan atau ketidakselesaan badan .Vit D memang penting supaya anda tidak mengalami kemurungan atau mudah mendapat sakit spt demam,selsema etc...
Jika cuaca mendung atau tiada matahari beberapa hari then barulah ambil kapsul vit D (fish oil)..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tibelah masanyer kite gunakan kipas doraemon....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 10:58 AM | Show all posts
vanilacup replied at 13-6-2025 10:55 AM
Dapatkan vit D asli iaitu matahari di waktu pagi utk merawat kesakitan atau ketidakselesaan badan .V ...

betul ni, saya kalau rasa murung, sedih...esok hari make sure nak dapat cahaya matahari yang before 10am tu. rasaa lah mood boosted sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 11:04 AM | Show all posts
naik ler bil ekon 2-3 bulan ni aiyoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2025 11:12 AM | Show all posts
alaa dh laa kenduri bln 7...berlecak la ketiak iols
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 11:21 AM | Show all posts
cepat kering baju..jimat dari segi dryer xperlu pakai..tapi bab penggunaan aircond akan meningkat..xperla ada give n take
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2025 11:34 AM | Show all posts
Far replied at 13-6-2025 10:58 AM
betul ni, saya kalau rasa murung, sedih...esok hari make sure nak dapat cahaya matahari yang befor ...

Kalau boleh pakej grounding sekali..berjalan tanpa selipar..
Tapi tu yg malas betul nak buat
Bagi nyahkan cas elektrik dlm badan...
Sebab tanpa nyahkan cas elektrik pun boleh buat badan kita x sihat juga ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2025 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 13-6-2025 11:34 AM
Kalau boleh pakej grounding sekali..berjalan tanpa selipar..
Tapi tu yg malas betul nak buat
Bagi  ...

Thanks for sharing...acik suka berkaki ayam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051767 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list