CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Penyanyi Rock Terkenal Dijel Dua Tahun

[Copy link]
Post time 24-5-2025 07:02 PM | Show all posts |Read mode


Mahkamah Agung Thailand menjatuhi hukuman penjara lebih dua tahun terhadap penyanyi rock terkenal, Sek Loso atas kesalahan berkaitan dadah.


Memetik laporan laman berita The Pattaya News, Sek Loso atau nama sebenarnya Seksan Sukpimai, dihukum penjara selama dua tahun, 12 bulan dan 20 hari.


Keputusan itu membabitkan kes tahun 2017, yang melibatkan pertuduhan berkaitan dadah dan menghalang penahanan pihak berkuasa.


Keputusan itu menarik perhatian umum kerana status Sek Loso sebagai figura terkemuka dalam industri muzik Thailand sebagai penyanyi, penulis lagu dan pemuzik.


Mahkamah mendapati bahawa penyanyi berusia 50 tahun itu bersalah kerana memiliki dan menggunakan bahan terlarang serta menentang penguatkuasaan undang-undang dilakukan semasa penahanannya pada 2017.


Sek Loso yang terkenal dengan lagu hits seperti Pantip dan Bpam, masih belum mengeluarkan kenyataan umum berhubung hukuman tersebut.


Pasukan peguamnya dijangka menyemak pilihan untuk membuat rayuan atau pengampunan, walaupun tiada butiran lanjut didedahkan pada masa ini. - GEMPAK


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044484 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list