CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 692|Reply: 22

[Jenayah] Jemaah Haji Tekandas di KLIA Gagal Dapat Visa Mujamalah Mirip Lelehur di Indonesia Cuma Versi Ayam Gepuk Malaysia

[Copy link]
Post time 4-6-2025 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by B40tastePosh at 4-6-2025 10:28 AM

80 jemaah haji terkandas di KLIA, gagal berlepas ke Tanah Suci
b
Kira-kira 80 jemaah haji yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci hari ini terpaksa membatalkan niat murni itu apabila mereka dilaporkan ditahan di KLIA.

Oleh .MAISARAH SHEIKH RAHIM
3 Jun 2025, 8:28 pm
Share on facebook


Share on telegram
PUTRAJAYA: Kira-kira 80 jemaah haji yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci hari ini terpaksa membatalkan niat murni itu apabila mereka dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, kumpulan jemaah itu ditahan pasukan ‘task force’ ekoran menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.



Penasihat undang-undang juga aktivitis Mind Pro Management, Ena Ewil berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya, jemaah terkandas itu dijanjikan visa mujamalah, namun gagal mendapatkannya sebelum diberikan visa pelancong.

“Kami dimaklumkan oleh jemaah terkandas, mereka dijanjikan visa mujamalah untuk ke Tanah Suci, tetapi disebabkan masalah teknikal pada sistem Nusuk, visa itu tidak dapat dikeluarkan.

“Bagaimanapun, pihak agensi pelancongan yang terlibat tetap memilih untuk menerbangkan jemaah menggunakan visa pelancong,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan agensi pelancongan itu menggunakan visa pelancong ke Tanah Suci menyebabkan kumpulan jemaah terbabit ditahan pasukan petugas khas di KLIA.

“Difahamkan, seramai 80 jemaah dan dua wakil syarikat telah ditahan.

“Berdasarkan maklumat awal juga, wakil syarikat turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2025 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh balik rumah bersiap buat Haji dalam Gua.

Tembus nanti kat Gua Hira.

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 11:34 AM | Show all posts
Begitu sekali desparatenya dorang ni eh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 11:39 AM | Show all posts
sikit lagi nk habis
ada jugak yg kantoi
klu tak, clear dah tahun ni

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 11:41 AM | Show all posts
rasanya tahun ni macam takde dgr pasal jemaah terkandas kan..ini satu je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2025 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 4-6-2025 12:16 PM
Decaffeinated replied at 4-6-2025 11:34 AM
Begitu sekali desparatenya dorang ni eh?


Nak dapat gelaran Haji dan Hajah punya pasal.

Dekat kampung laku lah gelaran gini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2025 12:09 PM | Show all posts
diorg ni guna ejen mana?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 02:40 PM | Show all posts
Edited by nolya at 4-6-2025 03:06 PM

Saya baca berita di Kompas.com dn dikhabaran ramai jemaah ID yg berangkat dgn visa umrah terpaksa dihantar ke Jeddah kerana mereka tak ada visa haji atau memiliki kad Nusuk untuk masuk Mekah dn ke dlm Masjidil Haram. Visa Furada/Mujamalah memang tidak dikeluarkan untu haji pd tahun ini mungin kerajaan Saudi mulai membenahi peraturan haji mulai tahun ini.

TA M'sia yg mau mengirimkan jemaah haji ni, apakah mereka memang tak tau aturan Furoda tak dikeluarkan pd tahun ini? Visa Furada ini sangatlah mahal. Harga visanya di ID ialah Rp.340 juta/orang. TA sana menawarkan pengembalian wang atau menabung terus untu haji thn depan. Visa Furoda
Jemaah haji MY yg gagal berangkat, terkandas di KLIA patut bersyukur kerana halangan terjadi di negara sendiri. Bersabarlah,  tak ada pilihan, terpaksa balek ke rumah. IsyaAllah, ada rezeki mungkin boleh ikut Furada pd thn depan (kalau ada).  Andaikata sudah sampai di Jeddah tetapi tak boleh masuk Mekah, akan lebih kecewa dn chaos. Bayangkan di mana mereka nak menginap. Hotel pun entah boleh dpt atau tidak, mana lagi suasana terikini sudah tersedia dgn kelompok2 jemaah yg 'dibuang' di airport Jeddah. Tentu ada terbaca seorang jemaah haji WNI yg memaksa masuk ke Mekah mll jalan tikus, ttpi akhirnya meninggal kerana kelelahan, mana lagi cuaca di sana skr sangat panas. There4 jemaah haji MY, fikirlah secara positif  dn ambil hikmahnya  walhal sudah malumi peraturan visa haji thn ini diterapkan begitu ketat. Bersabar serta ucapkan Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2025 02:51 PM | Show all posts
Edited by nolya at 4-6-2025 02:56 PM
B40tastePosh replied at 4-6-2025 10:34 AM
Boleh balik rumah bersiap buat Haji dalam Gua.

Tembus nanti kat Gua Hira.

Jgnlah cakap mcm tu........ Simpatilah hajat merea tak kesampaian. Niat nak sempurnakan Rukun Islam ke-5 dah ada, tapi belum diperkenankan oleh Allah swt. Beginilah kesedaran yg patut ada pd sekalian muslimin bahawa apa jua yg kita peroleh, dikatakan mampu menyediakan dari segi materi (wang runggit)akan tetapi bila Allah belum mengizinkan, jika Allah kata  "Tidak!", maka tak akan berlaku. Sabar kerana Allah menguji dn berdoa terus semoga akan ada next time. InsyaAllah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 04:23 PM | Show all posts
..ye la uols! Dah kesekian kali dok canang pada sahabat baik serta pada yang iri hati kan mana boleh tiba-tiba tak jadi pi. Ada la sorang kawan iols yang famous dan berduit pernah cerita dek kerana dah terlalu lantang canang niat tu kan, kenalan dia sanggup sembah-sembah heols nak berhutang pi tunai haji. Orang langsaikan segala hutang baru tunai haji kalau hang tak mampu tak yah le pi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 05:30 PM | Show all posts
Allahu Akbar.....sedih weiiiiiiiiii...dah kat airport dah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 05:38 PM | Show all posts
Kesiannya...berapalah dia dah bayar nak pegi haji tu? Agak2 dapat duit balik tak?  Kawan aku pun ada yang dah sampai sana... senyap aje.. lepas la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 05:55 PM | Show all posts
Hurrmmm...apa nama TA tu????
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 4-6-2025 05:30 PM
Allahu Akbar.....sedih weiiiiiiiiii...dah kat airport dah

Mujur sangkut kat sini lagi. Apa2 jadi boleh terus balik umah. Kalau sangkut masa dh sampai sana? Lagi haru biru macam komen sis nolya kat atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya
Cuma tu le mcm sis kotak ckp sib baik jd dkt sini..
Tak le kalut sgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak ikut saluran yang betul nak gi haji?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2025 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 4-6-2025 07:09 PM
Kenapa tak ikut saluran yang betul nak gi haji?

Nak ikut leluhur di Indonesia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 08:46 PM | Show all posts
Apa yg saya baca seterusnya ialah visa umrah mulai thn ini juga akan diperketat. Jadinya, tiada lagilah haji atau umrah DIY nampaknya  kerana setiap visa umrah yg dikeluarkan harus sudah confirm  nama hotel penginapan dn jumlah hari menginap. Jadinya jemaah umrah dan tak boleh lagi nak mengelat, begitu juga  karenah peniaga hotel di sana tak boleh nak menipu.  
Kerana ulah manusia yg dulu2 membuat angkara yg menyusahkan,  akhirnya nak buat ibadah pun jadi susah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah salah seorang kawan ku termasuk dlm 80 org tu...malas nak tanya..I dah pesan ikut PJH sbb PJH guna visa haji..nak pergi yang pakej 100k pun takpe..
Dia bertolak harini... agaknya termasuk la tu
I dah siap doa dpn dia..kalau nak sangkut semoga disini ..jgn sangkut di sana atau kena tangkap duk jail di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 10:43 PM | Show all posts
Salah sorang mangsa Amir UK kan? Tapi dia dapat offer pergi free katanya.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056655 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list