View: 260|Reply: 5
|
Isteri Fizo Omar, Fazeera Kesal Netizen Persoal Hamil Jarak Dekat
[Copy link]
|
|
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang mempersoalkan dirinya sering hamil jarak dekat.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Fazeera menjawab pertanyaan seorang netizen yang mempersoalkan adakah dia tidak letih apabila hamil lagi.
Fazeera turut mempersoalkan mengapa soalan begitu datang dari kaum wanita sendiri serta tertanya-tanya adakah wanita sendiri mahu melihat kaum mereka jatuh.
“Saya sering dihujani dengan soalan tak penat ke hamil, suami tak jaga ke, suami tak kisah kesihatan mental ke? Kenapa mesti soalan begitu datang dari kaum wanita, adakah wanita sendiri mahu melihat wanita lain jatuh,” katanya.
Sementara itu, Fazeera yang kini hamil anak ketiga berkata dia tidak rasa letih sebaliknya bersyukur kerana mempunyai sokongan yang kuat.
“Saya langsung tidak rasa letih mengandung banyak kali kerana saya ada sokongan yang kuat,” katanya.
Terdahulu, Fazeera menganggap dikurniakan anak yang ramai merupakan rezeki dari Allah dan dia tidak mampu menolaknya.
Pada Mac lalu, Fazeera memaklumkan dia dan Fizo Omar bakal menimang cahaya mata ketiga. Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021.
Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lantak dia la badan dia fefek dia, sebok betul nerakazen ni |
|
|
|
|
|
|
|
anyway laki dia dah bebas dari bankrupcy ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak laa punai dia.. punai dia yg sakit kena torehh |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaa kelakar baca komen |
|
|
|
|
|
|
|
ko cerdik tapi kenapa asyik lawan komen bodo2 nie ya.. kenapa perlu nak justify pada netz apa yang ko buat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|