CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 3

Pempengaruh mengaku ceroboh rumah Zarina Anjoulie

[Copy link]
Post time 19-5-2025 03:04 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN - Seorang pempengaruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menceroboh rumah pelakon Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, atau lebih dikenali sebagai Anju, pada 7 Mei lalu.


Tertuduh, Nurul Nur Ariani Muhammad Zahari, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki sebuah rumah di Kampung Chelet, Nilai pada 7 Mei 2025, kira-kira jam 5 petang.


Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.


Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan memohon tarikh baharu bagi pembentangan fakta serta hukuman.


Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K Gejalaxmi, memohon jaminan yang lebih rendah dan munasabah kerana tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap. Beliau juga memaklumkan bahawa tertuduh menanggung bapa yang sedang sakit di hospital, empat orang anak, dan seorang adik.


Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi pembentangan fakta serta hukuman pada 19 Jun 2025. - SINAR HARIAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2025 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok bulu puki terkeluar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-5-2025 05:23 AM
Nak tengok bulu puki terkeluar ke?

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pempengaruh tp sengkek..xde duit nk byr lawyer

Kena bail 2500 haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.040264 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list