CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 2

Niat Saya Ikhlas Tapi Ada Yang Kata Gimik" - Noraniza Idris

[Copy link]
Post time 15-5-2025 10:26 AM | Show all posts |Read mode


Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, Che Ani Premium telah memperkenalkan inisiatif Golden Voucher yang diselitkan secara rawak di dalam pek Murukku Che Ani Premium.


Inisiatif ini dilakukan dengan niat ikhlas, tanpa sebarang paksaan untuk ditunjukkan kepada umum atau dijadikan bahan publisiti.


Menurut Pengasas Che Ani Premium, Noraniza Idris, beliau sendiri tidak berniat untuk membuat sebarang video menyerahkan wang tunai atau menunjukkan pemberian ini secara terbuka.


  


“Niat saya hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas. Tapi sayangnya, ada yang menuduh ini hanya gimik kerana mereka tidak menerima Golden Voucher tersebut,” jelasnya.


Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani turut meluahkan kekesalan dengan sikap segelintir pihak yang cepat berprasangka buruk.


“Dalam zaman serba moden ini, seolah-olah setiap kebaikan perlu ditayang untuk dipercayai. Sedangkan nilai keikhlasan itu lebih bermakna apabila ia dilakukan tanpa perlu diumumkan. Saya mohon agar tidak mempertikaikan niat baik ini hanya kerana tidak semua bertuah untuk menerima Golden Voucher,” tambahnya.


  


Sementara itu, pihak Che Ani Premium menegaskan bahawa proses penyertaan Golden Voucher ini dijalankan secara telus dan rawak. Rezeki itu datang tanpa diduga, dan nilai yang ingin disemai ialah semangat saling memberi tanpa mengharapkan balasan atau pengiktirafan.


Che Ani Premium amat menghargai sokongan berterusan daripada para pelanggan, dan berharap semua dapat terus menyebarkan kebaikan dengan hati yang terbuka, tanpa menuding jari atau menyalahkan takdir.


“Rezeki itu bukan pada apa yang kita nampak, tetapi pada keberkatan yang kita rasa.


"Bagi yang telah menerima Golden Voucher boleh terus berhubung dengan pengurusan Che Ani Premium dan transaksi akan terus dibuat," ujar wakil Che Ani Premium. - GEMPAK


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mahal namampus yach kerepek nek ani
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Golden voucher worth berapa rm?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.039550 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list