CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 697|Reply: 19

‘Di London, teater setiap hari, kenapa tak Malaysia?’ - Ashraff Muslim

[Copy link]
Post time 15-5-2025 09:56 AM | Show all posts |Read mode


SELEPAS berjaya sebagai pelakon dan penerbit drama, aktor Ashraf Muslim kini aktif meneroka cabang perniagaan hiburan baharu iaitu pementasan teater.


Kata Ashraf, 43, dia melihat seni teater memiliki masa depan yang cerah di negeri yang menjadi tumpuan pelancong iaitu Melaka.


Oleh yang demikian, Ashraf menerusi syarikat penerbitannya, Boolan Trending mahu terlibat secara aktif dan serius dalam pementasan teater terutama naskhah tentang budaya dan sejarah tempatan.


“Sudah tiga tahun saya terlibat dalam teater dan saya lihat kurangnya pemain teater tempatan. Jadi, bagi saya ini adalah peluang untuk lebarkan sayap perniagaan dalam seni teater.


“Saya pernah ke London, England, di sana mereka pentaskan teater setiap hari kenapa tidak di Malaysia? Contoh lain adalah Bali, di sana mereka ada persembahan tarian kecak yang menjadi tarikan pelancong dan penarinya sudah bergenerasi.


  


“Tidak hanya soal perniagaan, menerusi teater saya mahu menghibur dan mendidik terutama generasi muda tentang sejarah dan budaya kita sendiri. Sebab itu, saya lebih berminat menerbitkan naskhah teater sejarah,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.


Saat tidak ramai karyawan seni mahu melibatkan diri dalam teater kerana tidak memberi pulangan yang lumayan, berbeza pula dengan Ashraf yang melihat pentas teater sebagai lubuk emas.


Ashraf yang kini aktif menerbitkan teater di Panggung Bangsawan, Melaka mengatakan sebagai peniaga dia harus bijak mencari peluang.


“Berniaga perlu ada permintaan dan melihat data seramai 200,000 orang akan berkunjung ke Melaka setiap minggu, saya yakin dengan potensinya.


“Tidak mungkin semua orang pergi ke tempat tarikan utama, mereka perlukan hiburan jadi pentas teater adalah salah satu pilihan.


“Di Melaka karya-karya sejarah dan budaya memang mempunyai permintaan yang tinggi, pelancong yang datang tidak secara langsung dapat mempelajari budaya kita,” tuturnya.


  


Tun Teja


Berbicara tentang teater Tun Teja Srikandi Empayar Melaka yang akan dipentaskan di Panggung Bangsawan, Melaka pada 13 sehingga 15 Jun depan, kata Ashraf, ini adalah kali keempat dia terlibat dalam naskhah yang sama.


Biarpun telah beberapa kali dipentaskan, karya Tun Teja masih mendapat sambutan baik daripada penonton.


“Sudah tiga kali saya terlibat dengan teater Tun Teja, setiap kali persembahan memang penuh. Walaupun skrip yang sama cuma bertukar pelakon, permintaannya tetap tinggi.


“Ada penonton yang datang berulang-kali dan ada juga penonton yang baharu. Kiranya, penonton di Melaka sahaja sudah cukup apatah lagi, pihak Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) merancang bekerjasama dengan pihak luar negara pastinya pasaran akan menjadi lebih besar,” kongsi Ashraf.


Ditebak apakah yang menarik untuk menonton teater Tun Teja berbanding karya-karya seni lain, jawab Ashra, persembahan secara langsung memberi ‘rasa’ yang berbeza berbanding rakaman.


“Beza kita menonton konsert secara langsung dengan hanya mendengar lagu, mana lagi seronok? Begitu jugalah dengan pentas teater. Sesekali apa salahnya berubah angin daripada tonton televisyen dan pawagam, pergi ke teater pula.


  


“Memang bukan mudah kerana cabaran utama sudah tentu kewangan, tetapi saya yakin dengan sokongan kerajaan, penggiat seni dan juga orang ramai, industri teater boleh maju,” ujarnya.


Selain teater tun Teja, di bawah PERTEM turut dipentaskan teater Sahmura Empayar Melaka pada 23 sehingga 25 Mei ini dan Tinta Runtuhan Bila Keris Berdenting Berbisik (31 Mei). Tiket boleh didapati menerusi laman web, www.ticket2u.com.my. - KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
seronok kan jadi jantan bewak, bini first pulun kerja macam kuli dia pulak sakan berangan nak berteater tiap hari. mana nak dapat dana teater itu?
london tu ye la, berkurun tradisi west end theater hobi mat saleh kaya raya banyak la sponsor deyols
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:24 PM | Show all posts
Wayang pun orang dah jarang tengok, apatah lagi teater. Semua jadi couch potato lepak rumah tengok Netflix.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko keje ape sbnarrrnyaaaa assssrapppp. 24jam membontot datosriii melakaaaa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah tengok teater yang gah cam tiara J dan biasa2..Okay lah...i kalau dapat jemputan means foc i pi...otherwise cuma pi kalau ada ahli keluarga yang terlibat...
.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 07:53 PM | Show all posts
kalau cerita menarik orang pegi je.. iols last tengok teater zaman U dulu... mock trial... kelakar nak mampos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2025 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg bukan "makanan" kita kan teater ni
last mcm yg nampak menarik teater muzikal kanak2 janna nick tu
ni pun ada teater keluang man kan tapi takde pulak dgr feedback apa2
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 09:34 PM | Show all posts
buat teater hari hari siapa nak tgk?

tourist kat Melaka tu ramai Chinese…opera Cina lagi laku

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2025 10:51 AM | Show all posts
sekali sekala baru pi tgk teater je pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 11:09 AM | Show all posts
aku tgk teater sekali aje yg fauziah nawawi punya... hero dia aku lupa tp heroin wife faizal hussein.. ada farah kerinting tu jugak. best..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols tak berapa minat teater. First n last teater meols tengok dulu, dari Shakespeare Theatre Company masa deol pi Istana Budaya awal 2000an dulu. Tu pun sebab weol ambik literature blajo teks onyang Shakespeare masa first year so lecturer soh la tengok. Tak minat meols.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi meols ok ja sapot lokal teater. Rasa macam nak pi tengok sekali lokal production ni tapi nanti la. Tunggu terbukak hati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 11:23 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 16-5-2025 03:16 AM
Tapi meols ok ja sapot lokal teater. Rasa macam nak pi tengok sekali lokal production ni tapi nanti  ...

kita 1st time pegi tgk teater.. citer budak2 jana nick tu cikgu. pegi dgn anak sulung, last day pulak tu.. best citer tu. lakonan hebat si norren iman tu. bell ngasri xyah cakaplah kan.. mmg lawak
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 16-5-2025 03:23 AM
kita 1st time pegi tgk teater.. citer budak2 jana nick tu cikgu. pegi dgn anak sulung, last day pu ...

Masa cuti sekolah, weol pi KL/Selatan Semenanjung anak beranak. Boleh la layan kalau masih ada masa tu sebab objektif meols jalan2 sambil blaja budaya orang dan tempat bersejarah tanahair gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 11:35 AM | Show all posts
Bro....kamu bandingkan penduduk London dengan Kuala Lumpur / malaysia ??

dia kenal London tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 11:41 AM | Show all posts
aku pernah tgk teater kat london

ada yg best , ada yg aku tertidur

tapi semua show kalau siang hari mesti ada budak sekolah dgn ticer pergi menonton. Separuh teater tu derang saja. Sebab tu teater kat sana mampu bertahan, sbb dari kecil lagi dah expose budak budak to theatre
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2025 12:01 PM | Show all posts
Edited by Haibara-san at 16-5-2025 12:02 PM

yg kat broadway tu pun dorg kena tukar2 pelakon OG dgn understudy.. kalau hari2 orang yg sama, aje hilang suara hari2 nak kena belting high note.. matinee pun lain.
cer org Malaysia ni try buat mcm Hamilton tu, dear evan hansen ke, mmg meols akan pergi, janji lagu kena sedap huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada bajet, xde je masalah nko nak buat hari2… buat lah hari2 sampai lebammm
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole ko try.. tarik crowd.. yg minat mesti akan pegi
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 03:56 PM | Show all posts
amyfaha replied at 15-5-2025 04:50 PM
Ko keje ape sbnarrrnyaaaa assssrapppp. 24jam membontot datosriii melakaaaa tu..

cuba check datosri ada anak ppuan tak? dulu membontot bapak bini 1st dah terkawen dgn anak org tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.059524 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list