CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 5

Order Yonnyboii, dapat anak isteri sekali

[Copy link]
Post time 14-5-2025 09:26 PM | Show all posts |Read mode


Bergelar seorang bapa buat pertama kali sememangnya satu fasa yang luar biasa. Itulah yang sedang dilalui penyanyi, Yonnyboii, yang kini lebih selesa meletakkan keluarga sebagai keutamaan hidup.

Bukan kerana kerjaya seni semakin memudar sebaliknya fokus pemilik nama penuh Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin kini tertumpu sepenuhnya buat insan kecil yang telah mengubah seluruh rutin hariannya.

Menurut pemilik nama pentas Yonnyboii itu, kehadiran anak lelaki yang diberi nama Kairo merupakan hadiah terindah buat dirinya dan isteri, Nik Nazira Narriman.

“Hampir setengah tahun saya menyepi daripada dunia nyanyian dan banyak fokus kepada anak. Jadi, kebanyakan masa memang habis dengan keluarga.

  


“Bagi saya, ini sahaja waktu yang ada dengan dia, jadi memang akan gunakan sepenuhnya dan berada bersama Kairo setiap masa. Dia dunia saya,” katanya kepada HibGlam, baru-baru ini.

Berkongsi tentang perubahan hidup selepas memegang status sebagai seorang bapa, Yonny mengakui tanggungjawabnya semakin besar.

Dia bagaimanapun tidak melihat perkara tersebut sebagai satu beban sebaliknya perjalanan yang semakin mematangkannya.

“Orang kata benda ini yang akan kita rindu nanti. Jadi, dalam tempoh empat tahun ini, saya mahu lebih utamakan anak berbanding karier seni.

“Namun tidak bermakna saya nak tinggalkan kerjaya seni buat selama-lamanya, cuma sekarang lebih kepada kerja di belakang tabir.

“Ini adalah pengalaman yang baru sebab bukan sesuatu pengalaman yang boleh dikutip di mana-mana dan sangat seronok.

“Saya cuma harap sentiasa dapat tengok anak membesar di depan mata,” ujarnya.

  


Isteri tulang belakang

Bukan sahaja anak, Yonni juga turut menyifatkan isterinya sebagai tulang belakang utama dalam hidup dan karier seninya ketika ini.

“Penyokong paling kuat saya ketika ini ialah isteri saya. Dia yang selalu menemani saya ke setiap persembahan.

“Kalau dia tiada, saya akan rasa susah hati. Kalau ada yang mahu bawa kami berdua, sudah jadi seperti satu ‘set’ dan anak pun akan ikut sekali, pakej lengkap,” katanya sambil tertawa.

Meski kesibukan tugas sebagai bapa dan suami, Yonnyboii tetap mencari ruang untuk hasilkan sebuah karya baharu.

“Saya masih aktif hasilkan muzik dan sekarang sudah ada studio sendiri serta mengubah lagu untuk artis lain.

“Walaupun lama ‘hilang’, saya sentiasa mencari dan mencuba cari ruang dan ‘resipi’ baru untuk terus berkarya.

Pelantun lagu Sakit itu turut mendedahkan bakal melancarkan sebuah lagu kolaborasi bersama seorang artis bertaraf legenda.

Enggan berkongsi secara terperinci, lagu tersebut dijangka menemui peminat sekitar Julai depan selain berharap akan mendapat sambutan yang baik serta membuka ruang untuk lebih banyak kerjasama dengan penyanyi hebat pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Yonni mengakui teruja bakal membuat persembahan di acara Latihan Pestapora pada Julai depan

  


“Saya akan sepentas dengan penyanyi hebat lain dan ini juga peluang untuk mencari ruang dan peluang melebarkan sayap ke Indonesia.

“Umum tahu Pestapora antara acara muzik gergasi di sana, jadi saya lihat kerjasama ini sebagai satu usaha yang bagus untuk industri muzik kita juga,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Selain Yonni, Latihan Pestapora yang dibawakan oleh Hitman Solutions dan akan berlangsung di Sunway Lagoon itu akan dimeriahkan dengan penyanyi tempatan dan Indonesia seperti Pamungkas, Efek Rumah Kaca dan Dolla.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik anak lelaki ikut muka bini, kalau anak pompuan ikut muka biri2 ni ntah macam mana ropenye, macam rihanna kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik macam mana tok kuda ni bole berjodoh... Rahsiaaaa tuhan.. yg hermes hermessss pun x beekunjungggg jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca 2 org komen kat sini, dah terasa pedas ye...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dia pung iols tak tau
Tapi ada kenal la nama dia neh...
Yoniboi, zin nakal
Nama aneh2 je
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
amboi bj minikk
retis sndiri pun yg xpakai sexy seksa lagu tu when outing
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.038502 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list