View: 119|Reply: 4
|
Syafiq Kyle tak sabar jadi ayah, setiap hari berangan nama anak-Mimi Lana
[Copy link]
|
|
Mimi Lana mengakui sudah bersedia sekiranya dia dikurniakan zuriat pada bila-bila masa sejak berkahwin dengan Syafiq Kyle tiga bulan lalu.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abiding, 30, dia dan Syafiq pernah berbincang soal membina keluarga.
“Sebagai pasangan berkahwin sudah tentu kami ada bercakap soal anak. Tetapi kami menyerahkan soal rezeki anak kepada Allah SWT. Apa yang boleh kami lakukan adalah berusaha. Kalau ada rezeki, ada lah.
“Saya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu. Syafiq lagilah sudah lebih bersedia untuk menjadi seorang ayah. Tiap-tiap hari dia bercakap fasal nama anak,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di majlis meperkenalkan Mimi Lana sebagai duta kempen jenama Fila di sini, hari ini.
Bakal masuk ke set penggambaran sebuah filem seram tidak lama lagi, kata Mimi, dia tidak pernah merancang untuk hamil pada waktu-waktu tertentu.
“Kalau nak kata nak hamil selepas habis penggambaran drama atau filem, memang sampai bila-bila pun kerja tu takkan habis.
“Dulu pun kalau tunggu habis penggambaran, memang tak kahwinlah saya. Sekarang bila dah kahwin kalau boleh tak mahu tunggu-tunggu lagi.
“Kalau ada rezeki dapat anak dalam masa terdekat kami bersyukur. Doakan saya,” ujarnya.
Baru sahaja pulang daripada Mesir untuk penggambaran sebuah program, kata Mimi, dia menggunakan peluang tersebut sebagai pra bulan madu bersama suami.
“Kami belum sempat untuk pergi bulan madu lagi kerana masing-masing sibuk. Jadi penggambaran semalam seminggu di Mesir kami anggap sebagai pra bulan madu sebelum kami pergi bulan madu yang sebenar.
Untuk rekod, Mimi dan Syafiq telah melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ntahlah.. tak rasa mcm betul2 in love pon |
|
|
|
|
|
|
|
Omg udah2 lah tu mimi
Npk ko je beria
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp aku rasa mcm Sapiq akan astray? Tahla, aku suka Mimi ni, sbb muka dia cantik Melayu, perangai pun lembut je, elok. Tapi tahlah.. Dia ni terlampau doormat. Nak sgt si Sapik blkg sikit ni. Dah jodoh kan. Semoga baik2 saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Mimiiiimiiimiiiiii... Beriiiiyaaaaaaa betullll yaaaaa dgn sapiq belakang sikitttt. Sapiq mmg sayang kamu tp x nmpk sapiq in love sama kamu. Risau jd mcm paknajin & makbellllaaa jekkk. Harap berkekalan la kamu dua. |
|
|
|
|
|
|
| |
|