CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1194|Reply: 12

Nak harap bapaknya hilang entah ke mana, tak nak ambil tahu apa pun pasal anak-anak-Linda Hashim

[Copy link]
Post time 12-5-2025 10:24 PM | Show all posts |Read mode


Perkongsian pelakon Linda Hashim di TikTok mengenai suaminya, Beego serta anak-anak telah menyorot perhatian ramai.

Jumpa anak-anak

Menerusi hantaran terbaharu, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim memuat naik video momen ketika bertemu semula dengan anak-anaknya selepas lama berjauhan.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 40 tahun itu mendakwa suaminya, Beego tidak endah akan anak-anak mereka.



Akhirnya kita bersama selepas dua bulan mommy kerja jauh. Pertama kali berpisah dengan anak-anak.

Terima kasih Aqish Anip sebab ikhlas menjaga anak-anak. Semoga Allah membalas segala jasa mulia kalian dan mengalirlah pahala.

Nak harap bapaknya hilang entah ke mana, tak nak ambil tahu apa pun pasal anak-anak.

  


Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, Linda dilihat turut membalas pertanyaan salah seorang individu dengan mendakwa Beego jarang membantu menguruskan rumah mereka.

Dalam pada itu, rata-rata warganet juga sebak melihat anak-anak Linda yang terlalu merinduinya.

Sekadar info, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman awal Januari lalu.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.

  


Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

Sumber: TikTok Linda Hashim

Sumber: OhBulan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah besar2 pun anaknya dah pandai urus diri sendiri cuma hal sekolah dan makan kena urus. Boleh dah kalau nak hidup sendiri linda. You deserve better
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga yg baik2 saja utk masa dpn Linda dan anak2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusanmu Linda
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 03:00 PM | Show all posts
she melayu yg lawa lah. tp kan, iols pelik lah. lelaki melayu mmg mcm ni ke skrg kualiti dia? ke lately jer tersebar luas sbb dulu takde socmed? byk sgt org2 yg iols kenal bercerai sbb perangai laki jenis sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 03:17 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 13-5-2025 03:00 PM
she melayu yg lawa lah. tp kan, iols pelik lah. lelaki melayu mmg mcm ni ke skrg kualiti dia? ke lat ...

iye
sbb skrg dh ada socmed
+ org skrg dh tau beza aib dgn takde tanggungjwb
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2025 03:22 PM | Show all posts
Bulan puasa haritu Beego x silap supply durian kt buffet romadhon kt premiera hotel. Masa i pergi, anak2 diorang dgn ada sekali tp i x sure berapa org. Linda katanya tgh kerja jauh.

Anak2 diorang mcm bijak dan berdikari. Ceria ja menunggu bapaknya kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian linda tak sangka jadi macam ni.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 04:34 PM | Show all posts
Sedap nama anak beliau
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Linda ni cantik! Anak2 pon bulat2 mata nampak ade rupa dh besar nnt…..moga sihat sejahtera sumer bila dh besar
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 07:18 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 13-5-2025 03:00 PM
she melayu yg lawa lah. tp kan, iols pelik lah. lelaki melayu mmg mcm ni ke skrg kualiti dia? ke lat ...

In general dari dulu mmg banyak mcm ni.
Yang elok-elok tu ada juga, tapi nak jumpa yg single tu mcm cari pin dalam tepung

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 07:50 AM | Show all posts
chandrahusin replied at 13-5-2025 07:17 AM
iye
sbb skrg dh ada socmed
+ org skrg dh tau beza aib dgn takde tanggungjwb

ni iols agree. dedulu mesti kalau cerai, pompuan jer yg akan dipersalahkan. padahl laki bewak hidup. lol.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 07:59 AM | Show all posts
Linda keje kat mana yg jauh tu? offshore ke?

she mmg lawooo.. pernah nampak she kat alamanda putrajaya masa bujang dulu.. lawooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.044444 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list