CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70|Reply: 1

[Lain-Lain] Ulasan Kulit Wayang: Tolong, anakmu sakit angin!

[Copy link]
Post time 11-5-2025 11:56 PM | Show all posts |Read mode


SEPOTONG dialog bolak-balik lebih kerap dalam naskhah ini berbunyi (lebih kurang):


‘Setiap orang ada angin, tinggal kuat atau tidak sahaja. Angin adalah kehendak, ada angin bola, angin popular, angin wayang, angin filem…, ada juga sakit angin’.


Dain Said dan pasukannya tidak mengada-ngadakan menulis itu dalam skrip kerana memang untuk bergelar Tok Dalang, seseorang mesti membuktikan mereka mempunyai ‘angin’. Jika tidak, persembahan mereka ‘bolehlah belan-belan dok saja’ bak kata orang Pantai Timur.


Dalam esei kajian The Angin of the Dalang in the Kelantan Shadow Play, penyelidiknya Maszalida Hamzah mengatakan ada 12 jenis angin yang dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, angin dalam kesemua kesenian Kelantan, angin keturunan dan angin saka (pendamping). Namun kata Pak Wana (Pekin) angin juga dipanggil semangat, roh, nafsu. Jika tidak dihiraukan kehendak itu, maka terjadilah ‘sakit angin’.



Dewi (Jenna Kamaratih) menutup telinga rapat dan kuat, tidak tahan mendengar ibu dan bapanya bertempik-tempik dari hujung telefon. Tercampak jauh ke Kelantan yang asing membuatnya merindui Jakarta atau lebih tepat merindui bapanya.


Tapi kata ibu dalam saling tak acuh, kalau bapa sayang kepadanya, sudah lama dia ikut ke Kelantan menjaga Dewi. Kanak-kanak tujuh tahun itu diam sahaja, sebelum ibu menghalaunya ‘sudah, pergi main sana’. Hanya ada Mek Ta di belakang menawarkannya keropok panas.


Saya berpendapat, Pok Lee (Fattah Amin) hanya tempelan sahaja, sekadar Tok Dalang yang membuka cerita ini kepada kita. Tapi Kulit Wayang, mahu menceritakan tentang Dewi, kanak-kanak yang dianggap mempunyai angin yang kuat. Namun pada masa yang sama dilanda ‘sakit angin’ dalam fahaman saintifiknya dipanggil depresi. Cuma di era 80-an mungkin frasa itu belum wujud lagi.


Tujuh tahun adalah umur mustahak untuk seorang kanak-kanak membentuk kognitif – berimaginasi dan membangunkan logik (merujuk kepada tahap perkembangan teori Piaget). Dewi tidak pernah normal sejak Kulit Wayang dibuka; dia hampir terjun ke dalam perigi, melihat ada hantu di kelir, lemas dan bermacam lagi.




Ibunya pula entah apa-apa, memang tiada niat mahu ambil tahu ke mana Dewi berada.


Namun kerana hanya luka yang mengenal luka, Dewi bertemu Pok Lee, masing-masing saling merindukan sosok ayah dan anak. Cuma Dewi menyembuhkan Pok Lee, tapi siapa pula menyembuhkan Dewi?


Amarahnya membara selepas membaca surat cerai ibu dan ayah di atas meja. ‘Sakit anginnya’ membentuk badai. Di depan kelir dia mengerang, memegang ‘kulit’ hingga tangannya berdarah dan rebah.


Dewi mungkin mewakili 922,318 kanak-kanak yang sedang mengalami depresi sejak 2023. Menjadikan jumlahnya dua kali lebih tinggi dalam tempoh empat tahun. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan dibuat. Imaginasi kanak-kanak dalam rumah tangga yang ranap, gelap kerana jiwa yang melarat. - UTUSAN




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenggelam filem ni.. Awatlah byk sgt movie kuar bulan May
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.035583 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list