CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1680|Reply: 37

Tiada ‘hook’ menonjol dalam ‘Berpisah Lebih Indah’ Bella Astillah

[Copy link]
Post time 11-5-2025 11:27 PM | Show all posts |Read mode


BELLA ASTILLAH sudah merakamkan banyak lagu, namun, karyanya tidaklah benar-benar diraikan dan saya masih mencari-cari apakah hook dalam setiap produknya sehingga membuatkan pendengar tahu lagu itu adalah trademark ‘Bella Astillah’?


Ada pun beberapa lagu terbit seperti Tenang (2020), Tetap Di Sini (2022), Pano (2023), Bermanja-Manja (2024), Lukisan (2024), Tapi Bukan Denganmu (2024) dan Cacaca (2024) hadir sebagai naskhah pop yang sebenarnya sudah mengiringi kehendak pasaran, namun, penerimaannya bergerak pada parasa biasa sahaja.


Kali ini, Bella memberi kelainan mempersembahkan satu karya pop galau ciptaan komposer dari Indonesia, Ade Govinda, berjudul Berpisah Lebih Indah tanda kelangsungan bermuziknya dalam pasaran tempatan dan republik negara itu.


Semua tahu, Ade yang bertanggungjawab menghasilkan lagu paling boom Masing-Masing (Ernie Zakri), merupakan nama besar dalam industri muzik Indonesia.




Kejayaan itu terbukti menerusi pelbagai rakaman lagu ciptaannya seperti Hal Hebat (Govinda), Terbaik Bagimu (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Dibanding Dia dan Kalau Bosan (Lyodra) kemudian menyambung jalinan ilham muziknya untuk Bella.  


Ketika saya mendengar pertama kali bahagian awal Berpisah Lebih Indah, Ade dan Bella sudah memberi gambaran duluan dalam persembahan Ernie X Govinda menerusi Hal Hebat kerana penyampaiannya masih terikat dalam format serupa.


Saya menjangka, Ade keluar daripada kebiasaan supaya tiada perbandingan dengan lagu terdahulu atau setidak-tidaknya orang tidak menganggap ini adalah Hal Hebat 2.0 atau Masing-Masing 2.0.


Graf melodi lagunya kedengaran agak pegun kerana sebagai lagu berdurasi sepanjang hampir lima minit, saya mengharapkan ada bahagian atau bar lagu bergerak lebih rapat dan intensif supaya nyanyian Bella tidak kedengaran terlalu mellow dan kelemasan.


  


Saya sukar mencari bahagian korus sebenar kerana melodinya kedengaran seragam dari awal dan akhir lagu. Tiada hook atau korus yang mudah diingati dan berulang seperti mana kita semua mengingati Masing-Masing di frasa:


“Tapi aku letih juga


Lebih baik kita masing-masing”


Dan pengulangan frasa:


“Pernah sesayang itu pernah” dan “Pernah bersama kita tapi itu dulu” turut berfungsi sebagai hook tambahan sekaligus memperkuat tema lagu tentang kenangan cinta yang lalu, sementara Berpisah Lebih Indah tiada elemen utama yang menonjol dan benar-benar mengikat pendengar.


Saya faham, Ade mungkin cuba menyesuaikan lagu dengan cara Bella bernyanyi terutama ketika mencapai nada tinggi, namun, hakikatnya, corak vokal Bella  tiada variasi.


Lagu ini mungkin tidak akan setanding Mati-Matian (Mahalini) atau Masing-Masing (Ernie) kerana kemampuan kedua-dua penyanyi itu sudah terbukti dalam memberi persembahan yang cukup sempurna sifatnya. Seandainya Berpisah Lebih Indah dihasilkan dalam format sebegitu, kita semua tahu bagaimana keadaan sebenar ketika Bella menyanyi Mati-Matian secara langsung dahulu.


  


Saya harus bersikap adil dan tidak mengharapkan Bella memberi satu rakaman sebaik Menjaga Jodoh Orang Lain (Ara Johari) atau Tak Segampang Itu (Anggi Marito). Saya masih tertarik dengan alunan melodinya kerana tetap menghibur pendengar-pendengar yang gemarkan genre begini.


Dahulu, orang pernah muak kerana Bella sering menyanyikan lagu Masing-Masing terutama pasca perceraiannya dengan Aliff Aziz. Untuk menutup lompong itu, maka, dia memberi produk baharu dengan penyampaian yang serupa.


Namun, sekalipun ia menjadi satu lagi gerakan Indo-pop galau yang, Berpisah Lebih Indah masih bergantung kepada getaran, hype dan trend Masing-Masing serta Menjaga Jodoh Orang Lain.


Berpisah Lebih Indah terhasil sekadar baik dan memadai, kerana dia tidak memiliki vokal heavy dan rounded. Seandainya Bella menyanyi di dalam satu balang kaca bulat atau melengkung, gelombang suaranya tidak akan menyentuh lantai atau permukaan. Dalam maksud lain – flat.


Jika dia membuat lebih banyak eksperimentasi muzik, saya bimbang, ia akan menjerat dirinya sendiri pada persembahan secara langsung.  - UTUSAN





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mensumbang suara jugak?


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm lagu tak siap. Takde hook, tak jumpa korus kata si pengomen lagu. Takde variation Suara. Cakap je kemek Ni tak berbakat. Pencipta lagu struggle nak cipta “galau” catchy yg mampu kemek nyanyi live. Kemek pula specific nak lagu menunggang Aliff. Kemek juga mesti nak jual air  mata dia kan tangisan teraniaya membawa hasil lumayan.
Pengomen ni lupa kemek penyanyi veteran dgn 27 tahun pengalaman. Bapa pun guru vokal. Tapi kemek hanya mampu menyanyi mendatar. Nafas tak cukup tapi buat love bite pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:10 AM | Show all posts
Whodunit replied at 12-5-2025 12:02 AM
Mcm lagu tak siap. Takde hook, tak jumpa korus kata si pengomen lagu. Takde variation Suara. Cakap j ...

ayat last tu tak menahan..hahahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana la nak nyanyi lagu nada tinggi kalau air liur asyik terpercik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia memang xboleh bawak lagu nada tinggi. Ada video dia nyanyi lagu Dato Dr CT menuju ke destinasi tu time chorus tu dia tak tarik habis. Kalau CT nyanyi kita rasa puas dengar. Time Bella nyanyi macam tersenak telinga aku dengar. Bella terima la hakikat KO memang takda bakat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2025 01:02 AM | Show all posts
Lagu ni best kalau penyanyi lain yg nyanyi. Titik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah dengaq lagu dia lagi satu.. Tenang.. lagu tu lagi best dpd lagu berpisah lebih indah ni tapi klu org lain nyanyi lagi sedap kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 04:55 AM | Show all posts
meols malas yach nak dengar lagu2 sheols
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Glass_shoes at 12-5-2025 06:09 AM

Utusan dengki dgn Bella
Utusan ni mesti suku sakat Aliff dan Ruhanat
Penulis ni ada hati kat YB ke?


Yang benar,
BASSturds abadi




Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan Salah lagu tak sedap ..tp penyanyi tu yg hampeh..sebab pernah dgr Ernie Zakri nyanyi sikit je intro..terus jadi lain lagu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon just gitu2, nyanyi pun gitu2 jg
So bakat dia hanya pencetus gosip2 ajelah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa dia menyanyi lagu kanak2 pun dah dapat detect suara dia nafas pendek. Macam mana dia boleh konfiden meneruskan karier sebagai penyanyi sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skyline_84 at 12-5-2025 09:32 AM

hahahahha kemek oo kemek...dah2 la tu..patut ko beria eh suruh ps pujuk ade tu kan kan.sb ko yakin lpas ramai batak hamak ko puji ko nyanyi lagu masing2 tu smpai batak kata tu lagu ko...gunakan ps as ur bestie...smpai ps terpaksa errr....dh dpt ko pulak g pecah rahsia ps..ko mmg jahat kemek
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 09:59 AM | Show all posts
sukacactus replied at 12-5-2025 07:08 AM
Berlakon just gitu2, nyanyi pun gitu2 jg
So bakat dia hanya pencetus gosip2 ajelah

semua gitu2..buat raso2 org kata hahahaha

takde yg outstanding wpun dah nanyi 27 tahun katanyeh
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 10:28 AM | Show all posts
cara dia menyanyi untuk lagu ni
tak menarik utk halwa telinga aku
tak dengar habis pun kat youtube..sebab tak boleh go


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling tersakiti, terpaling dicurangi, terpaling bahagia di samping lelaki, terpaling ikon mama muda, terpaling tibaiunta..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 12-5-2025 12:28 AM
Mcm mana la nak nyanyi lagu nada tinggi kalau air liur asyik terpercik.

Air liur hujan. Gigi besepah.dagu senget. Gusi kedepan. Mana nak cover cun lagi. Byk la msalah yg punca2 suara sumbang. Dan paling penting bkn nyanyi ikhlas dari hati dan tiada bakat sejak lahir. Memaksa utk derma suara cmni kita la jd mangsa nk kena dgr suara buruk. Pencemaran bunyi. Kenapa la mak dia lahirkn dia ek. Xpon kecik2 mampos. Sbb bila besar prngai xsemenggah. Tutup aib sndiri dan reveal aib suami. Dh tu time isteri org dok bukak lubang puki kt jantan kejap dlm kreta kejap dlm hotel. Babi
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyi pun tak cukup nafas.. penat je cikgu ct hajar menangis masa ajar dia vocal
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulis panjang2 buat apa. Meh aku concludekan.

1. Bella mmg tak boleh menyanyi
2. Bella hanya bergantung pada kontroversi utk kekal relevan
3. Bella memang TAK LAYAK berada dlm Industri Muzik.

Titik! Dah...baik layan video2 konsert GenKRU
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.429388 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list