CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70|Reply: 0

[Dunia] Jalan waktu malam, pelancong mati dipijak gajah

[Copy link]
Post time 13-5-2025 10:23 PM | Show all posts |Read mode


CAPE TOWN – Seorang pelancong mati dipijak oleh sekawan gajah semasa dia keluar bersiar-siar pada waktu malam di sebuah safari di Afrika Selatan, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.

Wanita berusia 68 tahun itu tinggal di Kem Sirheni Bushveld, Taman Negara Kruger apabila dia meninggalkan suaminya yang sedang tidur untuk ‘mengambil angin’ menjelang pukul 11 malam (waktu tempatan), baru-baru ini.

Sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi merakam pelancong itu berjalan keluar dari pintu kem dan terserempak dengan sekawan gajah.

Haiwan-haiwan itu yang panik menyerang mangsa  dan memijaknya hingga mati.

Jurucakap polis Limpopo, Kolonel Malesela Ledwaba berkata, kematian wanita itu dilaporkan di Balai Polis Saselamani dan polis sedang menyiasat kes tersebut.

“Keadaan sekitar kejadian itu masih menjadi subjek untuk siasatan dan kami tidak akan mendedahkan identiti sehingga kami dapat menghubungi waris mangsa,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.034364 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list