CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 7

[Tempatan] Rugi RM925,850-Wanita termakan janji manis boyfriend Yemen

[Copy link]
Post time 13-5-2025 09:43 PM | Show all posts |Read mode


ALOR SETAR – Seorang wanita kerugian RM925,850 selepas diperdaya seorang lelaki mengaku dari Yemen yang mengirimkan dua bentuk cincin dan berjanji mahu mengahwininya sejak tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Loi Yew Lik berkata, mangsa yang berusia 53 tahun dan merupakan bekas ahli perniagaan itu berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi Facebook pada 26 Januari tahun lalu.

“Wanita itu kemudian berhubung dengan individu berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp. Sepanjang perkenalan, dia ada menerima dua bentuk cincin yang dikirim lelaki itu sebagai tanda ikatan untuk berkahwin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, seterusnya pada 5 Februari tahun yang sama, lelaki terbabit memaklumkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital dan meminta mangsa meminjamkan wang untuk membiayai kos rawatan.

“Individu itu berjanji akan membuat bayaran balik dan akan datang ke Malaysia untuk berkahwin dengannya.

“Atas dasar percaya dan cinta, mangsa telah memasukkan wang secara berperingkat berjumlah RM925,850 menerusi 166 kali transaksi ke dalam 15 akaun bank berbeza,” ujarnya.

Menurutnya, transaksi wang berlaku dari 5 Februari tahun lalu hingga 25 Mac tahun ini.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila mendapati lelaki itu tidak datang ke Malaysia selain akaun Facebooknya turut disekat oleh individu terbabit,” jelasnya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 10:29 PM | Show all posts
Mana punya nijja menyamar ntah. Orang Yemen dalam mood perang lawan atuk teram.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena pukau ke apani sampai 900k. Logik akal x sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 11:27 PM | Show all posts
kenapa ada bekas ahli perniagaan ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
org tua..ko nak tegur pun..degill
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa sampai 900k? kalau sedekat kat sekolah sbgi sumbangan pibg lg berfaedah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2025 07:49 AM | Show all posts
Ayat dia mesti manis belaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 08:50 AM | Show all posts
Patutnya time dia minta duit, pulangkan balik cincin yang dia bagi tu suruh dia gadai sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.042332 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list