View: 673|Reply: 12
|
Noorkhiriah kaku ketika sampai kubur, air mata tak henti mengalir jadi jenazah masuk liang lahad
[Copy link]
|
|
BAGI membuktikan kredibiliti sebagai seorang pelakon, pelakon Noorkhiriah memberanikan diri masuk ke dalam liang lahad menjayakan babak kematian dalam drama Seribu Tahun.
Membawakan watak Nor, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 47, berkata dia sendiri yang meminta melakukan babak tersebut tanpa menggunakan pelakon ganti.
"Saya minta Ezad (pengarah) nak masuk liang lahad, lepas itu saya lupa. Gementar ditambah dengan 'blur'.
"Sampai di kubur saya kaku, air mata tak berhenti," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi rakaman sebalik tabir salah satu babak dalam episod drama berkenaan.
Babak tersebut memaparkan dia dikafankan seperti jenazah sebelum dikebumikan di lokasi tanah perkuburan sebenar.
Khiriah juga dilihat menangis ketika penggambaran dijalankan sambil dibantu oleh kru produksi yang membantunya masuk dan baring di dalam lahad.
Menganggap ini satu pengalaman yang cukup bermakan, Khiriah turut memuji pengarahnya iaitu Shahrulezad Mohameddin kerana membawakan satu cerita yang banyak memberikan pengajaran.
"Momen ini sangat mahal. Mata saya jadi saksi betapa Ezad (Shahrulezad) berjuang demi Seribu Tahun. Semoga setiap ketukan Ezad menjadi saham pahala.
"Kepada yang memberi komen, percayalah watak Nor atas izin Allah," jelasnya.
Kesungguhan Khiriah ini juga mendapat pujian ramai penonton yang kagum melihat dia memberi sepenuh komitmen terhadap watak Nor.
Selain Khiriah, drama ini turut menampilkan Azhan Rani dan Emma Maembong sebagai pelakn utama.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Laki -nasir bilal khan
Perempuan -nurkhairiah |
|
|
|
|
|
|
|
maybe aku je la kot tak de feel tgk lakonan dia dlm seribu tahun..entah knp bosan scene dia lakibini.. |
|
|
|
|
|
|
|
minah ni terlalu over acting. cringe.to.the.max  |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 10-5-2025 07:54 PM
maybe aku je la kot tak de feel tgk lakonan dia dlm seribu tahun..entah knp bosan scene dia lakibini ...
Mmg xde feel, over sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai la laki dia pun da bagi hadiah kain kapan kan..tapi mmg iols tak tengok drama seribu tahun tu,biasa drama dak ijat iols layan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Nora danish better kan |
|
|
|
|
|
|
|
Denco replied at 10-5-2025 08:12 PM
Mmg xde feel, over sgt..
nasib ada yg sama pendapat haha
lebih kurang over acik elly je lakonannya |
|
|
|
|
|
|
|
Over sungguh..padahal masih berlakon .. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni dulu meols suka jah dia berlakon, sbb nmpk real. Lama2 mcm siyal pulak.
Kemain menekan2 kalau babak menangis. Mcm, tak relax. Ada drama apa tah meols tgk, yg dia jadi nurse. Lepas tu dia terkasi darah HIV dkt si Nad kangkang berketinggian org kerdil tu.
Lakonan mcm musibat semua. Menekan2 beria2 menangis. Drpd nak sedih, terus meols rasa nak terajang je TV meols. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 10-5-2025 10:01 PM
Dia ni dulu meols suka jah dia berlakon, sbb nmpk real. Lama2 mcm siyal pulak.
Kemain menekan2 kalau ...
Samalah chuols dlm drama ni, jadi lembam yg terlebih nk menjejeh² air mata laki nyanyuk sheols disondol dek ema maembong.
iol skip je part meleweh2 sweet katanya si lembam dgn si nyanyuk. Suka tngok ema dgn ida moin lagi. Rasa best plak bila ema buat babak mcm geram kat lembam.. puas hati sbb geram dgn aksi lembam melampau..lagi bila part dia menyeringai |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 10-5-2025 10:01 PM
Dia ni dulu meols suka jah dia berlakon, sbb nmpk real. Lama2 mcm siyal pulak.
Kemain menekan2 kalau ...
Tersembur nasi lemak pak ayub waktu aku baca komen ko. Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|