CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 478|Reply: 4

[Tempatan] Polis buru empat lelaki culik pemilik kedai emas di Kelantan

[Copy link]
Post time 25-5-2025 09:04 PM | Show all posts |Read mode


Tumpat: Polis Kontinjen Kelantan sedang mengesan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes penculikan seorang pemilik kedai emas di Palekbang di sini pada 20 Mei lepas.


Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua suspek dipercayai masih bersembunyi di dalam negeri dan usaha memburu mereka dipertingkatkan.


"Dua daripada empat suspek sudah dikenal pasti dan pasukan khas telah digerakkan untuk menjejaki mereka.


"Operasi besar-besaran termasuk pemeriksaan rapi di sekatan jalan raya di seluruh negeri sedang dijalankan bagi mengesan kenderaan yang digunakan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.


Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, suspek menggunakan sebuah kereta jenis Suzuki Swift dalam penculikan itu.



"Walaupun mangsa dibebaskan pada hari yang sama beberapa jam selepas itu namun siasatan tetap dilakukan bagi mengenal pasti motif kejadian.


"Polis akan siasat kes ini mengikut Seksyen 365 kerana menculik dengan niat untuk mengurung seseorang secara salah dan sulit iaitu satu kesalahan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan," katanya .


Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dan pihaknya tidak akan berhenti menyelesaikan kes tersebut sehingga semua yang terbabit ditangkap serta dibawa ke muka pengadilan.


Sementara itu, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 44 tahun ketika ditemui enggan memberikan sebarang komen dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.


Sebelum ini, tular klip video memaparkan kenderaan mangsa dihadang dan dia secara paksa dibawa menaiki Suzuki Swift berwarna kelabu. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 10:06 PM | Show all posts
tak bayo utang kut.. tak pun tokan dadih

demo tak kenal bare
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga selamat dijumpai
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2025 10:11 AM | Show all posts
nak duit tebusan gamaknya..tokey kedai emas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2025 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
bpbbppbp replied at 26-5-2025 12:00 AM
Moga selamat dijumpai

Penculik ke

Klu yg mangsa culik tu selamat dah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.153940 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list