CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 285|Reply: 5

Geng budak hingusan gangster habis! Pegang helmet, tarik rambut kanak-kanak lain sambil ugut

[Copy link]
Post time 9-5-2025 11:42 PM | Show all posts |Read mode



SEBUAH video menyayat hati tular di media sosial memaparkan seorang budak lelaki mangsa buli sekumpulan kanak-kanak lain.

Mangsa yang berpakaian sukan sekolah dan menggalas beg kelihatan menangis teresak-esak sambil mengurut dada dan perut, dipercayai akibat dipukul oleh kanak-kanak dari kumpulan terbabit.

Kejadian yang tular sejak Khamis itu dipercayai berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Cheras, Kuala Lumpur.

Salah seorang daripada pelaku dilihat berlagak seperti samseng dengan memegang topi keledar di tangan.

Manakala seorang lagi dengan selamba menghambur kata-kata kesat, menendang dinding dan mencengkam rambut mangsa yang ketakutan.

"Lawan W*n, lawan W*n. W*n rembat In*r* balik," kedengaran suara seorang kanak-kanak cuba mengapi-apikan keadaan dalam video tersebut.

Mangsa bagaimanapun tidak langsung melawan, sebaliknya hanya mampu bangun dan cuba berjalan dalam keadaan lemah menaiki tangga untuk pulang ke rumah.

Namun langkahnya dihalang apabila salah seorang daripada mereka menyekatnya dengan melunjurkan kaki ke dinding.

Paparan video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang daripada kumpulan pembuli itu nyata mencetuskan kemarahan warga maya.

Rata-rata netizen mengutuk tindakan kumpulan kanak-kanak lelaki tidak berperikemanusiaan tersebut.

"Yang rakam ni batu api ye. Nak dua orang tu bergaduh.

"Adik, miskin tak salah tapi salah dah miskin lepas tu perangai macam b*b*.

"Adik, pakaian dalam pun mak ayah belikan untuk kau lagi dik. Itu pun jenama yang paling murah.

"Ada hati nak jadi ketua gangster. Tunggu polis datang ya,” tambah pengguna lain yang kecewa.

Sehingga kini, punca kejadian masih belum diketahui dan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg beramai2 membuli seorang sebenarnya pengecut...aku sentiasa doa org yg mcm gini Allah berikan segala kesusahan, keperitan, kesedihan sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 05:22 PM | Show all posts
masa kecik jadi pembuli, dah besar jangan menyesal

kot nanti mangsa buli tu cam adik Iols. masa kecik, katik je.
tiba2 akil baligh, naik 20cm setiap tahun.
baru masuk sekolah menengah, dah 180cm. dah la atlet. heols kalau lempang pembuli tu, mau melayang
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca tinggal kat PPR, terus aku tak terkejut.
Budak2 ni semua anak kpd parents berpendapatan rendah, Lower than B40.
Sbb tu, perempuan kena belajar rajin2 dan keluar dari kemiskinan. Jgn kawin dgn jantan2 miskin, nnti anak2 kau merana. Cinta bkn segala nya yach. Duit itu yg paling penting. Sorry not sorry.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 09:57 AM | Show all posts
Miskin akhlak miskin reta.. selayaknya duduk pprt.. mohon sumbat pembuli ni dlm jel sampai mampos
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 02:16 PM | Show all posts
harap bila virAL Macam ni, malu lah ko dik dengan mak pak ko sekali ...
harap keluarga ko pulak kena buli dengan orang lain...
cian aku tengok budak tu..

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054460 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list