CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 386|Reply: 6

Ira Kazar paksa diri untuk move on, tak nak murung lama sangat

[Copy link]
Post time 28-5-2025 10:25 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Selepas episod rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof berakhir dengan lafaz cerai di mahkamah, pelakon Ira Kazar mengakui berusaha keras membina semula kekuatan diri untuk terus bangkit.

Ujar Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 30, dia pernah berada dalam fasa sukar, namun enggan terus hanyut dengan kemurungan.

“Bukan mudah untuk saya ‘move on’ dan pandang ke hadapan. Semua itu mengambil masa untuk membentuk keyakinan diri.

  


“Orang lain tak boleh tolong, jadi saya paksa diri untuk keluar dari kepompong negatif. Itu caranya, saya paksa diri sendiri.

“Apa yang saya lalui sebelum ini banyak memberikan pengajaran. Sekarang saya nampak macam-macam perkara saya boleh lakukan,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Nekad meneruskan hidup baharu, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu berkata, keputusan untuk bangkit juga datang daripada kesedaran dalaman.

“Sebenarnya juga bergantung kepada diri sendiri.

“Kalau kita memilih untuk bersedih atau kemurungan terlalu lama, maka kita akan sentiasa di situ.

  


“Saya tanam niat untuk teruskan hidup dan nak tengok perkara-perkara baru. Saya tak mahu sedih dan murung terlalu lama,” luahnya.

Pun begitu, Ira tidak menafikan sokongan insan sekeliling juga menjadi antara sumber kekuatannya untuk kekal positif.

“Orang di sekeliling saya pun memainkan peranan juga. Mereka bagi kata-kata semangat dan doa-doa yang sangat baik,” ujarnya.

  


Terdahulu, Ira mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Namun, pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika masih bergelar suami isteri.

  


Syamsul dan Ira disahkan bercerai oleh mahkamah pada hari sama.

  


Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa dia.!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:13 PM | Show all posts
yeah semua orang buat silap kannnn. yg penting makin cantik budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana kau buat org, mcm tu la kau rasa.. Tapi yg kau buat org tu lagi dahsyat. Semoga kau kekal murung selagi tak mintak maaf pd org yg sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 28-5-2025 10:34 PM
Lawa dia.!!!

Ya dia mmg cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm acik erma pulak.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Truth is meols sampai sekarang kagum camna dia boleh goda si Samsol tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050156 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list