CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 3219|Reply: 54

‘Sebab rokok kertas, grinder’ – Yassin nafi ditahan sebab dadah

[Copy link]
Post time 27-5-2025 10:09 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Pelawak Yassin Senario akhirnya membuka mulut menceritakan detik hitam ketika ditahan di Jeddah, Arab Saudi selama enam bulan sebelum dibebaskan minggu lalu.


Yassin nama sebenarnya Yassin Yahya, 47, berkata, penahanannya tiada kaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti didakwa, sebaliknya berpunca daripada barangan peribadi yang disalah erti pihak berkuasa Arab Saudi.


“Saya menaiki penerbangan lapan jam ke Jeddah. Sebelum berlepas, saya terfikir bagaimana nak merokok di sana. Jadi saya beli rokok kertas, ‘grinder’ dan sekotak rokok di lapangan terbang.


“Sampai di Jeddah, beg saya diimbas ketika transit ke Madinah. Kastam nampak sesuatu dan arahkan buka beg. Dia pegang ‘grinder’ yang ada lambang mencurigakan, terus mereka selongkar semua.


  


“Saya cakap, ini rokok, kalau ragu-ragu boleh buat ujian air kencing. Saya suruh mutawif tinggalkan saya sebab mereka nak kejar penerbangan. Tapi saya dibawa ke bilik soal siasat,” katanya dalam satu audio siar.


Tambah pelakon Duyung itu, dia ke Tanah Suci selepas menerima tajaan menunaikan umrah bersama 24 artis veteran lain.


“Saya teruja dan fikir inilah waktunya. Saya ada job (kerja), tapi bila fikir balik, ini peluang yang saya tunggu. Saya tanya isteri dan mak. Mak kata baru semalam dia doa agar salah seorang anak dapat pergi umrah. Saya rasa ini petanda.


“Tapi saya tak sempat pergi kursus. Saya belajar guna YouTube saja dalam masa singkat. Masa itu Senario baru menang Artis Komedi Popular, jadi saya nak wakili kami untuk berdoa,” ujarnya.


Namun dia tidak menyangka perjalanan tersebut berakhir di lokap khas tahanan dadah.


  


“Selepas soal siasat, saya ingat nak dilepaskan, tapi saya digari dan dibawa naik kenderaan polis ke balai di Jeddah. Beg dan telefon diambil. Saya dimasukkan ke sel tahanan untuk kes dadah.


“Saya tak tahu apa salah saya. Kalau lambang pada barang boleh jadi isu, patutnya saya dah ditahan sejak di Malaysia. Saya cuma berserah dan zikir dalam hati, minta Allah tolong,” dedahnya.


Yassin selamat kembali ke tanah air minggu lalu selepas enam bulan ditahan. – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2025 10:26 AM | Show all posts
lambang pokok mary jane ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 12:26 PM | Show all posts
rokok kertas tu nak buat balut apa? serunding?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulang dia tak reputkah akibat mendadah? Gigi tak rongak?


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 01:41 PM | Show all posts
Orang yg mendadih ni susah la nak caye cerita dia. Tapi ikutkan kalau dia bawak sebarang dadah pon, masa kat Malaysia dah kena tahan? Ke mmg takde check?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 01:46 PM | Show all posts
Edited by ayukpingu at 27-5-2025 05:52 AM

ni bukan zaman scenario bang, yang kuar hanya kat TV3.

kat media2 sini berlambak dah berita sebab apa kena penjara

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2025 02:00 PM | Show all posts
Edited by matseh at 27-5-2025 02:11 PM

rokok kat Saudi Mahai ooi..sekotak SR30++.
Kalau kaki rokok mmg putih mata nk beli kat sana. So aku rasa dia bawak sbb nk hisap sendiri je. Lagipun mmg boleh bawak. Aku pun bawak sekaton Canyon Premium masa pegi sana last year.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah balik ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ayukpingu replied at 27-5-2025 01:46 PM
ni bukan zaman scenario bang, yang kuar hanya kat TV3.

kat media2 sini berlambak dah berita sebab  ...

Meols konfuse cerita yassin nie.

Embassy kat jeddah pun dah konfirmkan pasal kena tahan kat sana.  Plus kalau cuma rokok kertas je, tak mungkin kena masuk rehab kat sana. Kalau cuma rokok je, tentu embassy dah masuk campur tolong lepaskan dia. Dah tentu2 custom sana dah chek apa kandungan bahan yang dibawak selain dari kertas ajaib tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 03:39 PM | Show all posts
so nk kata custom saudi tu buat salah tahanan ke nyah
apa katanya.."disalah erti"



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 03:41 PM | Show all posts
Jadi kiranya ko tak mendadih, dan ko redho je kena tahan 6 bulan kat penjara walaupun ko tak bersalah. Sin..sin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dia nak tipu sape ek
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
paham..rokok dgn grinder yg salah..patut rokok dgn grinder yg kena tahan bukan dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyelah Tu
Sape lah Yang percaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
So... Haruslah rakyat jelata percaya ko rather percaya credibility negara Yang kompom Kaya byk peralatan canggih untuk detect dadah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah tu so authorities saudi yg tak kenal rokok atau dadih? Iols lagi percaya authority. Ko sape authority nak cari pasal, padahal ko yg mencari pasal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2025 04:07 PM | Show all posts
statement ni di buat waktu dia high ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 04:10 PM | Show all posts
kenapa nak kena ada grinder dan kertas balut rokok tapi kau dah beli siap2 rokok sekotak utk dibawa juga..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 04:11 PM | Show all posts
benang dah basah. cubaan nak luruskan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 04:45 PM | Show all posts
Ni pun delulu gak ni….tak kan pasal rokok, kena dok rehab sampai lebih 6 bulan???? Kau nak tipoooo sapa ni.  Sudah2 la, taik dadah ni banyak nau sembang nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.067815 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list