CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 753|Reply: 6

[Tempatan] Menyentuh hati, Masjid Jamek Ar-Ridzuan kutip RM2 juta kurang 36 jam

[Copy link]
Post time 8-5-2025 04:45 PM | Show all posts |Read mode



BAGAN SERAI – Kisah menyentuh hati mengenai Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu nyata mendapat perhatian luar biasa apabila hampir RM2 juta berjaya dikumpulkan dalam tempoh kurang 36 jam untuk tujuan pembelian tanah masjid berkenaan.

Pengerusi masjid, Yusuf Majid berkata, jumlah keseluruhan kutipan setakat pukul 8 malam tadi mencecah RM1,977,482.20, sekali gus melebihi sasaran asal sebanyak RM1.8 juta yang ditetapkan pemilik tanah tersebut.

“Sumbangan telah ditutup secara rasmi pada pukul 8.30 malam selepas kita mencapai jumlah yang diperlukan.

“Laporan mengenai penutupan ini yang tular di media sosial adalah benar dan saya sendiri sudah maklumkan perkara itu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak yang membantu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Menurutnya, kejayaan itu membuktikan keprihatinan dan semangat perpaduan umat Islam di negara ini yang tampil menghulurkan sumbangan demi kepentingan rumah ibadat mereka.

“Insya-Allah, kita akan adakan sesi penutupan sumbangan secara rasmi selepas solat Maghrib malam esok (hari ini) di masjid ini sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat,” katanya

Katanya, pihak masjid amat terharu dengan sambutan diberikan dan tidak menyangka kutipan berjaya diselesaikan dalam masa singkat, tanpa perlu menunggu tempoh dua minggu seperti mana digariskan dalam pekeliling yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum ini.

Dalam pada itu, Yusuf memaklumkan, pihaknya kini menunggu arahan seterusnya daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi proses rundingan dan urusan dokumentasi pembelian tanah berkenaan.

Masjid Ar-Ridzuan sebelum ini mencuri perhatian apabila tanah yang menempatkan rumah ibadat itu dimiliki individu bukan beragama Islam dan perlu ditebus segera bagi mengelak sebarang risiko pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 08:19 AM | Show all posts
Alhamdulilah.. sesape yang menderma dah ada share pahala dalamnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 08:54 AM | Show all posts
moga buka mata mereka yang lain... bukan bole senang2 mintak pampasan tanah baru ke apa just because of title rumah ibadat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 09:03 AM | Show all posts
besar pahala membina rumah ibadah ni, jgn lah lepaskan peluang walaupun sedekah RM50.
sebab kita tak nampak ganjaran nya didunia ni.. tak nampak wanginya sedekah bak bunga2 ditaman.
dunia ni pinjaman saja. akhirat jugek yg kekal.
bayangkan didunia lagi kita dah menginfaq utk akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 09:22 AM | Show all posts
insyaallah, selagi ada yang beribadah disitu, selagi itu bertambah saham.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2025 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahat betul waris yang jual tanah masjid tu pada Bukan Islam....apa motif nya sampai begitu sekali tergamak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2025 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046919 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list