CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 7

Letak Tracker Di Dompet, Pergi Kelab Malam Tinggal Anak, Shahrul Nasrun Dakwa Bekas Isteri Ada Gangguan Personaliti Narsistik - “Jangan Tunjuk Baik Sangat…’

[Copy link]
Post time 8-5-2025 07:23 PM | Show all posts |Read mode


Kecoh baru-baru ini mengenai kemelut antara ahli politik, Datuk Shahrul Nasrun dan bekas isterinya Fatin Amyra.


Tidak berdiam diri, Ahli politik Datuk Shahrul Nasrun tampil membalas kenyataan yang dilakukan Amyra.


Menerusi perkongsian di instagram Story, Exco Pemuda Umno Malaysia menjelaskan bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dalam drama dan permainan media sosial bekas isterinya.


"Stop faking and drama. Jangan tunjuk kita baik sangat.

"I'm not your victim anymore. Stop trying to create drama. Just move on," ujarnya.




Lebih mengejutkan lagi, menerusi perkongsian sama, Shahrul juga mendakwa bekas isterinya menghadapi masalah 'Narcissistic Personality Disorder' (NPD).

Selain itu, Shahrul turut mendakwa Amyra telah keluar berhibur di kelab malam dan meninggalkan anak-anak di rumah.


"Kesian bila awak masih cuba cari perhatian murahan sedangkan semua orang tahu awak keluar ke kelab minum dan tinggalkan anak saya berjaga sampai pukul 4 pagi. Babe, awak ada NPD.


"Tak ada siapa pun beritahu awak tentang saya. Kita dah bercerai sejak 30 Julai 2024 dan saya masih jaga awak sampai saya tinggalkan masalah gangguan personaliti narsistik awak pada Mac 2025," tulisnya.


  


Bukan itu sahaja, Shahrul turut mendedahkan bahawa bekas isterinya masih menyimpan 'tracker card' dalam pemegang kadnya, yang dikesan selepas dia pulang ke kampung untuk sambutan Raya.


Menurutnya, perbuatan tersebut adalah sesuatu yang pelik dan tidak wajar, terutamanya apabila kedua-dua mereka sudah bercerai.




"Your so called MOVE ON, please take back your tracker card that u hide inside my card holder ya. This is something new for me. Sorry I'm so outdated," jelas Shahrul.


Menerusi hantaran Instagram Story yang lain, Shahrul bagaimanapun akur bahawa bekas isteri, Fatin Amyera tetap ibu kepada anak- anak mereka, dan tidak pernah menganggap wanita itu sebagai musuh dan mendoakan yang terbaik buat kehidupan bekas isterinya.


Sebelum ini, Fatin Amyra memuatnaik kenyataan menyatakan bahawa dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas suaminya Shahrul Nasrun.


Kenyataan itu dilakukan selepas difahamkan ada individu yang masih melaporkan aktiviti yang dilakukan bekas suaminya. - GEMPAK




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
akhirnya bekas laki dia yg suka gro ni bukak mulut
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
londeh lagi. gosip mcm ni la yang kita mau. baru best.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
He said She said
To live is to fight, to fight is to live!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Oloh sek budu ni…
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
30 jul 2024 dh serai. Gi japan end jan 2025 tu kiro lagu mano gakkkk wehh ?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2025 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tula hidup ni jgn londehkan org lain tup2 aib sndiri jugak terbuka..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 12:03 AM | Show all posts

Sapo sheols? Memang asal mixed atau jadian?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041642 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list