CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 19

‘Kalau aku nak tangkap lelaki kaya dah lama dik’ - Diana Danielle

[Copy link]
Post time 8-5-2025 03:02 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Mampu hidup senang dengan titik peluh sendiri, pelakon dan penyanyi Diana Danielle menolak saranan netizen yang mencadangkannya mencari pasangan dalam kalangan lelaki berharta.


Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata jika mengejar kesenangan sudah tentu sejak dahulu lagi dia sudah berbuat sedemikian.


“Nak cari duit, kerja. Kalau aku nak tangkap lelaki kaya dah lama dah dik (adik).


“Sekarang yang kaya aku ni. Lelaki pun ramai je yang bergantung dekat perempuan,” katanya membalas komen pengikut.


Terdahulu, seorang individu menerusi ruangan komen pada hantaran di TikTok meminta ibu tunggal anak dua itu memilih lelaki kaya demi kesenangan masa depan.


  


Begitupun, rata-rata netizen menyelar saranan yang disifatkan hanya merendahkan golongan wanita terutama ibu tunggal.


Bahkan ramai peminat meminta Diana jangan mengendahkan sebarang provokasi atau komen negatif seumpama itu.


“Tak perlu layan komen begini. Fokus sahaja untuk terus hidup, dah tahu mana baik dan buruk,” tulis seorang pengikutnya.


“Bukan semua orang nak harapkan kekayaan orang untuk menumpang, zaman sekarang ramai wanita yang bekerjaya,” ulas pengguna akaun lain.


  


Terdahulu, Diana dan aktor, Farid Kamil sah bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 24 Mac lalu.


Pasangan terbabit bercerai talak satu buat kali pertama menerusi aplikasi Google Meet 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.


Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 03:53 PM | Show all posts
lelaki kaya beraturr tunggu acik dena
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 04:54 PM | Show all posts
she kalau nak jadi sugarbabe pun laku lagi...nak harap kacip kamil bagi kemewahan lambbberttt lagi...harap family je acah2 berpengaruh...dengan adik ipar kaki mencapub.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda sgt2 dia ni lagi. 33 tahun baru. Fokus cari karya yg baik je la diana. Takyah menyanyi ...cari drama or film2 yg bagus je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia patut fokus pada lakonan, bina nama besar. Dia khayal blh menyanyi tapi takde karya yg baik. Tapi iols musykil dari mana datangnya income dia utk maintain hidup retis 3 beranak.  Keh keh keh....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman ko pun dah berakhir dik nak cari jantan kaya.kawen pun muda sgt dulu.kalo yg  nak pun laki org.xpela cari duit sendiri, independent lagi baik dan puas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2025 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp x nk tangkap?...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
betul jugak dia cakap. ramai je suami kat luar sana membewak, kalau kaya kedekut pulak.
so baik la atur hidup solo. tak terbatas nak berkarya. lakonan sheols mantap walaupun banyak meroyan dek mental illness kat sosmed
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 09:25 PM | Show all posts
FK tu pun berduit jugak... ce FK tu keje kerani kenyit mata kat sheols... nak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya ke dia? Hari tu bukan bergaduh rumah sewa laki tak bayo?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap jerung pasni jgn biawak tau..

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 8-5-2025 10:29 PM
Kaya ke dia? Hari tu bukan bergaduh rumah sewa laki tak bayo?

Kan..i is confuse
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ye pun dia bercita2 nak tangkap jerung, aku xkata apa2, masih cantik & muda
Lain la yg kata fly high tu oops!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:55 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 8-5-2025 02:29 PM
Kaya ke dia? Hari tu bukan bergaduh rumah sewa laki tak bayo?

Ye ke adoiiiii kecoh jugak dorg gaduh public benda2 mcm ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiii... Statement punnn....
Takut esok lusa akan dtg terpaksa pulak cari yg kaya.
Mungkin bkn dulu... Bkn sekarang... Tapi di masa dpn?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 02:06 AM | Show all posts
DD kot… petik2 mesti ramai dtg x payah nk kena lepak tmpt mahal or main golf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia buat hidung kat mana ya? Eloks.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegang tukul tu tuk apa ek? Nak tukul netizen mulut puaka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 07:46 AM | Show all posts
Tak lama lagi dapat tu
DD cantik sgt
dh la pandai berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Badan dah besau susah sikit la dik non
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.063173 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list