CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1158|Reply: 42

[Jenayah] "Kenapa Tak Buat Atau Habiskan Dalam Minggu Raya Je?" - Pekerja Indon Mempersoalkan Open House Malaysia, Culture Shock As An Expat!

[Copy link]
Post time 8-5-2025 08:05 AM | Show all posts |Read mode


Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@azainudin21) apabila seorang pekerja Indonesia yang menetap di Malaysia dikenali sebagai Zain berasa terkejut dengan budaya di negara ini.

Dia tertanya-tanya mengapa rumah terbuka yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia berlangsung lebih seminggu dan ramai juga yang mengadakannya di luar bulan Syawal iaitu pada bulan Zulkaedah.

Soalnya lagi, mengapa para Muslim tidak menghabiskan sahaja segala program rumah terbuka semasa minggu pertama Aidilfitri seperti yang dilakukan di negara lain.

“Ada sebab tertentu ke? Adakah ia budaya yang dinormalisasikan atau perkara yang perlu dilakukan?” tanya Zain lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkata rakyat Malaysia sangat suka berkumpul dengan keluarga dan kenalan rapat sehingga sanggup melakukan rumah terbuka di luar waktu Aidilfitri.

“Kau tinggal di Johor, selagi mana tak sampai raya haji, selagi tu la ada rumah terbuka,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah sesetengah netizen berpendapat, antara faktor rumah terbuka dianjurkan dalam tempoh masa yang lama adalah apabila tuan rumah mempunyai ramai kenalan sehingga terpaksa membahagikan jemputan rumah terbuka itu.

“Minggu pertama je raya rumah keluarga. Minggu ke-2 rumah adik beradik dan saudara. Minggu ke-3, biasanya dengan kawan. Minggu ke-4 bersama organisasi atau syarikat,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga bersetuju bahawa penduduk di negara ini popular dengan sifat mereka yang pemurah dan suka bersedekah termasuklah menjamu orang lain makan.

“Orang Malaysia suka makan dan memberi makan (bersedekah). Bulan puasa pun dah buat makan-makan seperti majlis berbuka puasa. Sampai la ke raya haji,” kata seorang warganet.

Walaupun syariat Islam tidak mewajibkan budaya penganjuran rumah terbuka ini, namun ia merupakan adat yang baik dan diharuskan kerana bersesuaian dengan anjuran Nabi SAW iaitu memberi makan, menyebarkan salam, serta mengeratkan silaturahim sesama Muslim.


Ramai juga pelajar perantauan yang membawa dan menyebarkan budaya ini ke negara luar.

Sama seperti di Malaysia, setiap juadah ‘wajib’ raya juga dihidangkan di rumah terbuka itu. Sebagai contoh, nasi impit dan kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, lontong, dan banyak lagi.

Bukan sahaja dengan kenalan rapat, malah ramai juga pengasas sesebuah jenama yang menganjurkan rumah terbuka buat komuniti setempat dan juga pelanggannya. Walaupun tidak mengenali mereka secara langsung tetapi ia berbalik kepada sikap rakyat tempatan yang suka bersedekah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2025 08:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2025 08:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2025 08:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysian suka makan2 suka berkumpul kenduri, ramai family member dtg rumah makan2 dan tempat kerja buat makan2, baju raya 5 helai takkan pakai sekali dua pakai sepanjang beraya rumah org
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:29 AM | Show all posts
yang mn mampu silakan
makan free, sape tak nak


cuma klu di ofis iol mmg kurang berkenan
peringkat kem dgn dept dh mmg kelaziman
ni ade plk peringkat cawangan, unit, sub-unit segala
bnyk kos tau nk kena sumbang
i hope sgt next year majlis2 raya ni boleh buat peringkat kem dgn bhgn je
kos 1, setup tmpt, cari barang, ada yg masak jgk sbb nk cut cost
it's a lot la cerita dia

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ada duit sendiri apa salahnya...buay kenduri kesyukuran sekali.tetamu pun happy...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:54 AM | Show all posts
sebab rakyat malaysia happy bagi sedara mara n kawan2 makan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara kita je kan yg slalu buat open house lama2 time raya, belah2 saudi arabia sana ada buat macam kita tak
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:57 AM | Show all posts
biasanya kalau di rumah... orang akan target weekends... sebulan tu ada 8 hari je ujung minggu.. nak kena bahagi2 la.. mane nak buat rumah terbuka nya.. mane nak penuhi jemputan rumah terbuka nya jugak.. mane nak pegi rumah sedara..

kalau hari bekerja biasanya ofis2 la yg buat jamuan raya .. tak dilupakan ofis cikgu2.. yakni sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi makan free and ber social pun complain
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:09 AM | Show all posts
meraikan keluarga,kenalan,

klu belah mak dah 800 org keluarga, blum lagi ayah
belum kwn kenalan,tmpt keje

mana sempat nk buat 1 minggu raya melawat, igt semua duduk 1 kampung ka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab waktu raya lagi senang nak berkumpul. Bulan2 lain masing2 banyak urusan. Sebab tu la musim raya pon ada orang buat wedding. Abang aku sendiri kawen minggu pertama raya. Senang, saudara mara memang dah berkumpul.
Kat ofis pon sama. Bulan puasa & raya la orang akan elak pergi outstation. Masa ni la nak beramah mesra dengan kawan2 satu office yg jenis kerja luar memanjang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:19 AM | Show all posts
ok jeeee makan2, berkumpul semua,
eratkan ukhwah...
no hal laaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:30 AM | Show all posts
kalau buat minggu pertama aidifitri siapa yang adaaa...??
semua pun kt kg rumah family masing2....

maybe derang di indonesia xde tradisi balik kg...aidilfitri duduk je rumah masing2...kunjung-mengunjung sesama sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Org mesia walaupun tak kaya tp mmg jenis suka meraikan kawan2 family... Biar la masing2 punya cara & suka hati diarg la nak bg nama open house utk raya ke open house utk hari buruh ke apa

Kalau tak suka tak yah join... Simple kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 09:44 AM | Show all posts
apa yg culture shock sangat....kalau tak raya pun...mmg rakyat malaysia suka menjamu orang makan....lelebih ngan jiran....tak tunggu bulan puasa...tak tunggu raya......bila rasa nak bagi...jadi la mesyuarat tingkap hulur menghulur pinggan....

ko tak nak join la nak complaint....bukan minta duit ko pun utk buat makan2 tu....ni la mentaliti manusia pada definisi sedekah....sory la kalau aku salah....walaupun orang yg kita bagi makan tu orang kaya....orang berduit....jika makanan itu dapat mengenyangkan dia...menggembirakan seseorang...kita anggap je sebagai sedekah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 09:55 AM | Show all posts
apa nak pelik mcm la raya tu cuti 30 hari
dpt buat open house on weekend je

semua org busy kerja
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 10:11 AM | Show all posts
sebab raya sebulan, so guna jelah sebulan raya utk meraikan , makan makan. kadang kadang terlajak smpi zulkaedah. tapi xpe. kitaorg suka je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Guwe ni sampai skrang masih terasa feel beraya okay.. Vibe ni menjengah sampai ke raya haji hahaha.. Tak puas lg nk p beraya jumpa sanak saudara n rakan taulan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.406507 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list