CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Tempatan] Pasangan kekasih ‘lalok’ lari dikejar MPV Polis macam filem aksi

[Copy link]
Post time 7-5-2025 08:05 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU – Pasangan kekasih yang berada di bawah pengaruh dadah nekad melarikan diri daripada pihak polis dengan memandu kereta Proton Wira melawan arus di Lebuh Raya Pasir Gudang, awal pagi tadi.


Bagaimanapun, hasrat suspek untuk meloloskan diri tidak kesampaian apabila mereka akhirnya berjaya ditahan di Jalan Pesisiran Tanjung Langsat, di sini selepas dikejar sejauh 96 kilometer, kira-kira satu jam 22 minit kemudian.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, sebanyak 14 unit peronda (MPV) termasuk unit daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam turut sama membantu menahan suspek.


Beliau berkata, kejadian itu bermula pada pukul 1.40 pagi semasa anggota MPV dalam tugas rondaan pencegahan jenayah telah mengesan sebuah kereta Proton Wira berwarna biru yang dalam keadaan mencurigakan.




“Kereta dipandu lelaki tempatan berusia 36 tahun bersama wanita tempatan berusia 34 tahun itu bergerak melawan arus di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke arah Perling dan enggan berhenti walaupun telah diarahkan oleh anggota MPV bertugas.


“Kenderaan suspek telah memecut laju dan memandu secara zig-zag memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum berpatah balik ke Lebuh Raya Pasir Gudang menghala ke arah Pasir Gudang,” katanya dalam kenyataan.


Menurut Raub, suspek kemudiannya melarikan diri dengan memasuki beberapa laluan termasuk Lebuh Raya Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) sebelum suspek telah berjaya ditahan di Jalan Pesiaran Tanjung Langsat, off Jalan Nibong setelah dikejar sejauh 96 kilometer.


Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang baru lepas menghisap dadah itu membuat keputusan melarikan diri kerana mengetahui mereka adalah orang dikehendaki (wanted) selain tidak mempunyai lesen kereta.


Tambahnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.


“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek menemukan dadah disyaki jenis syabu seberat 0.45 gram. Semakan lanjut juga menunjukkan mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah. Pemandu turut tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh,” katanya.


Tambah beliau, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.040867 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list