CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 5

Jangan Bangga Jadi Gemuk" - Abang Palabola Tegur TikToker Megah Dengan Kegemukan

[Copy link]
Post time 8-5-2025 12:01 PM | Show all posts |Read mode


Pencipta kandungan digital, Solehan baru-baru ini berkongsi peringatan supaya individu lebih berat badan tidak berbangga dengan keadaan fizikal mereka


Menerusi video perkongsiannya di TikTok, dia mengeluarkan peringatan tersebut selepas melihat terdapat content creator yang mengeluarkan kenyataan seakan-akan berbangga dengan keadaan fizikal berat badan berlebihan.


"Tadi lalu satu content creator dekat aku punya FYP, yang mana dia tu gemuk lepas tu dia bangga dengan kegemukan dia dan bila orang kata dekat dia dia cakap gemuk tu bukan sebab makan banyak ada macam-macam faktor lagi.


"Bagi aku, sebab aku pun tengah gemuk ni, tapi ada beza orang yang gemuk dan dia berusaha untuk keluar daripada kegemukan tu dan orang yang gemuk tapi dia takde usaha langsung untuk keluar daripada kegemukan tu.


"Kalau hang gemuk, memang tak okay, tapi paling kurang hang kena rasa bersalah dengan diri hang, hang kena rasa macam aku kena ubah, walaupun hang tak buat tapi hang kena rasa benda tu, hang tak boleh selesa dengan diri hang," katanya.


Berat badan berlebihan adalah pilihan bukannya tidak sengaja


Tambahnya, dia mengingatkan bahawa menjadi gemuk adalah satu pillihan di samping mempunyai berat badan yang berlebihan adalah sesuatu perkara yang boleh diubah.


"Bila hang rasa selesa dah dalam diri hang, hang jadi gemuk hang akan terus jadi gemuk dan hang takkan ada usaha untuk kurus, hang akan semakin teruk dan mungkin akan dapat penyakit lepastu hang akan menyusahkan semua orang kat sekeliling hang.


"Jadi gemuk tu salah, memang salah, tak kiralah apa alasan hang, aku pun akui benda ni salah sebab aku pun tengah gemuk, dia adalah pilihan dia bukan tak sengaja.


"Atleast hang jangan rasa selesa dengan zon hang tu, hang kena ada usaha juga untuk kurus, orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih," ujarnya. - SEISMIK



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 02:34 PM | Show all posts
betul, kita kena ada usaha untuk kurus.... untuk mudah beribadah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 07:37 AM | Show all posts
Apa la yg dibanggakan dgn badan gemuk... Sakit tuit dgn buku lali nak berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 08:12 AM | Show all posts
betul ckp brother ni. jangan bangga gemuk. sbb susah nak beribadah tu betul. cpt mengah pun..sbb bdn nak pakai lama. tapi jgn sengaja nak bodyshaming org gemuk. jarang la org gemuk nak saja2. usually mesti masalah kesihatan e.g. hormon due to something2.. hahahah aku rasa la sbb aku pon tidaklah kurus...kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 03:21 PM | Show all posts
Acik2 gomen mahupun swasta yg berkuntum kat sini meolls agak dlm 80% ada mengalami berat badan berlebihan a.k.a. gundu terlampau
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 04:09 PM | Show all posts
Aku suka channel YT Palabola dia. Bersahaja dan ada lawak2. Kena dgn slang utara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.042282 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list