CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 1

Bila tiba waktunya, Insya Allah saya akan pakai - Wani

[Copy link]
Post time 3-5-2025 06:52 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur : Pelakon dan penyanyi, Wani Kayrie, 25, tampil menjawab spekulasi berhubung penampilannya berhijab ketika menghadiri sebuah majlis rumah terbuka, baru-baru ini.


Wani, atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah berkata, dia seronok setiap kali melihat penampilannya bertudung.


"Penampilan saya bertudung ketika itu adalah sempena majlis tertutup yang berlangsung di Kelantan. Secara peribadi, saya memang suka mengenakan tudung kerana rasa seronok melihat diri tampak lebih manis dan comel.


"Pernah juga terdetik niat untuk bertudung sepenuhnya, namun saya percaya keputusan itu datang dari hati. Jika belum bersedia, lebih baik saya perbaiki dalaman terlebih dahulu.


  


"Bila tiba waktunya, insya-Allah saya akan pakai dengan yakin. Keluarga juga tidak pernah memaksa, sebaliknya memberi kebebasan penuh kepada saya untuk membuat keputusan sendiri," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Raya Last Kopek Rocketfuel Entertainment di Rumah Abang Jamil, baru-baru ini.


Tambah penyanyi Nyam Nyam Ketupat itu, dia mengakui dirinya masih jauh dari sempurna dan masih banyak aspek yang perlu diperbaiki terlebih dahulu.


"Kita semua tidak sempurna. Saya sendiri masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Iman kita ada pasang surutnya.


"Saya bimbang jika bertudung tanpa persediaan yang kukuh, saya tidak cukup kuat lalu membawa ke arah yang sebaliknya. Saya tidak mahu perkara itu berlaku.


"Sebab itu, apabila saya benar-benar bersedia, dan hati saya sudah tenang serta mencapai apa yang diinginkan, barulah saya akan melakukannya," ujar Wani.


Pada masa yang sama, dia turut mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.


  


Menurut Wani, rezekinya ketika ini lebih menyebelahi bidang nyanyian.


"Memang saya berhasrat untuk sambung belajar, tetapi dalam masa sama saya juga mahu berjaya dalam kerjaya.


"Tahun ini, rezeki saya lebih banyak datang daripada bidang kerjaya, jadi saya utamakan dahulu apa yang ada di depan mata.


"Kalau semuanya dipermudahkan dan selesai dengan baik, Insya-Allah saya akan teruskan niat untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana," katanya yang turut menitipkan nasihat buat para pelajar yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar mengutamakan pelajaran dan membuat pilihan bijak.


Katanya, setiap individu berhak membuat pilihan sendiri.


"Bagi saya, pendidikan sentiasa menjadi keutamaan, tidak kira masa. "Melalui ilmu, kita belajar menjadi insan yang beradab, sopan santun dan tahu menghormati orang lain. Sebab itu, kita dapat lihat dalam kalangan anak muda yang baru menamatkan persekolahan.


"Cara mereka membawa diri sudah cukup mencerminkan sejauh mana mereka berilmu atau sebaliknya," katanya.


  


Wani turut menekankan bahawa pelajaran sentiasa menjadi keutamaan dalam hidupnya.


"Bagi saya, melanjutkan pelajaran itu amat penting. Saya sendiri tidak pasti sampai bila kerjaya sebagai penyanyi akan bertahan.


"Sebab itu saya perlu ada perancangan jangka panjang sebagai langkah bersedia untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pekerjaan tetap pada masa hadapan," katanya. - HARIAN METRO



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2025 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terpikir langsung pasal tudung rupanya hahaha. Perlu ke isu nak pakai tudung/ taknak pakai pun jd news?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-5-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.096119 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list