View: 209|Reply: 7
|
[Tempatan]
Lebih 3.9 juta guna MyKad berbelanja barang dapur
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Lebih 3.9 juta penerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di kedai berdaftar sepanjang April lalu.
Ia menerima sambutan menggalakkan apabila 72 peratus daripada 5.4 juta penerima Sara berbelanja menggunakan MyKad dalam bulan pertama pengkreditan sumbangan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat demi memastikan kelangsungan hidup mereka terus terbela.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, peluasan kategori barangan yang dibenarkan di bawah Sara ini adalah hasil maklum balas diterima daripada majoriti penerima.
“Arakian, kerajaan bertindak segera untuk melaksanakannya dan insya-Allah, Kerajaan Madani akan terus menambah baik pelaksanaan program Sara dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama dijelaskan bahawa penerima Sara ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta orang mulai April lalu, manakala bilangan kedai runcit dan pasar raya berdaftar di bawah program ini mencecah lebih 3,700 rangkaian seluruh negara berbanding 700 unit pada tahun lalu.
Kata kenyataan Kementerian Kewangan itu, bilangan kedai runcit akan ditambah bagi memastikan terdapat kedai Sara yang berdekatan dengan tempat tinggal setiap penerima.
“Mulai 1 Mei 2025, program Sara juga telah ditambah baik melalui peluasan barangan asas yang dibenarkan iaitu meliputi produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai.
“Kerajaan Madani mengambil keputusan untuk menambah kategori barangan Sara susulan
permintaan meluas para penerima. Dengan ini, kategori barangan berdaftar di bawah Sara meningkat kepada 14, merangkumi barangan makanan asas, kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan,” jelas kenyataan itu.
Dari segi prestasi pelaksanaan Sara sehingga 29 April lalu, peratusan tertinggi penerima yang membuat pembelian Sara melalui MyKad adalah di Sabah dengan 84 peratus, diikuti Perlis (82 peratus), Kedah (80 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (79 peratus) dan Kelantan (78 peratus).
Sementara itu, kadar maksimum Sara yang diterima adalah sehingga RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 pada 2024, peningkatan 75 peratus daripada yang diterima pada tahun lalu.
Pembelian Sara boleh dibuat sepanjang tahun dan baki kadar atau kredit bulanan Sara akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Iols tdi petang bru dapat shopping topup barang dapur dan barang keperluan anak. Thanks to bang non  |
|
|
|
|
|
|
|
punye la pung pang pung pang berpuluh tahun nak jadi pm.. siap ada gelaran bekas menteri kewangan terbaik asia lagi tu
last2 setakat ni je idea yg mampu |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur la dpt gak semua yg terpilih merasa
Harap lg banyak jenama yg turut serta & diperluaskan utk minyak juga |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 2-5-2025 12:08 AM
Bagus , apa guna negara pengeluar chip tak guna teknologi semaximum mungkin.
Harap dapat hapuskan penyeludupan.
Satu masa Malaysia akan setanding negara negara Europe. |
|
|
|
|
|
|
|
Arakian pulak si madanon ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak suka idea guna ic untuk beli barang runcit/atau hal kecil lain contoh scan untuk tambang bas. Pada aku ic ni eksklusive untuk urusan banks/agency kerajaan/hal penting lain. Ic patut simpan dalam wallet safely tapi setengah orang ku lihat selit ic kat lanyard. Senang nak hilang tercicir dan sebagainya. Bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 1-5-2025 10:58 PM
punye la pung pang pung pang berpuluh tahun nak jadi pm.. siap ada gelaran bekas menteri kewangan te ...
Oklaa tuu.. yg ni aku setujukkk.. yg elok dia buat kita puji |
|
|
|
|
|
|
| |
|