View: 329|Reply: 2
|
Semua usaha dah buat, Mamat Sepah nak cuba IVF untuk dapat anak
[Copy link]
|
|
Doa berkaitan anak antara banyak dipanjatkan pasangan pelawak Mamat Sepah dan isteri Nordiana Ibrahim sepanjang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada April lalu.
Lima tahun mendirikan rumah tangga, Mamat atau Mohd Noor Murad, 40, berkata, besar harapannya agar Allah SWT memakbulkan doa mereka namun meletakkan soal itu kepada rezeki.
“Doa tentang zuriat antara yang kami minta sepanjang berada di sana. Alhamdulillah kami tiada sebarang masalah cuma belum ada rezeki.
“Saya positif saja sebab keadaan kami sekarang pun agak sibuk... Kalau ada anak kecil risau terabai pula nanti.
“Pasti Allah akan berikan pada waktu paling tepat,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Mamat memberitahu dia dan isteri terbuka melakukan rawatan pensenyawaan In Vitro Fertilization (IVF), sebagai alternatif terakhir mereka mendapatkan zuriat.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lawa bini dia nih. Semoga uolls dikurniakn rezki zuriat |
|
|
|
|
|
|
|
“Pasti Allah akan berikan pada waktu paling tepat,” katanya kepada mStar.
Ssaya suka ayat dia ni.
In Sha Allah...kalau IVF itu cara Allah kurniakan zuriat, saya doakan yang terbaik dan bakal mendapat anak yang soleh/solehah..
Aaamiin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|