View: 706|Reply: 16
|
[Tempatan]
Israel rayu bantuan masyarakat antarabangsa padam kebakaran dahsyat
[Copy link]
|
|
TEL AVIV– Menteri Luar Gideon Sa’ar melancarkan kempen diplomatik menyeluruh dengan menghubungi lebih 12 negara untuk meminta bantuan memadamkan kebakaran hutan terbesar dalam sejarah Israel.
Kenyataan pejabat Sa’ar memaklumkan bahawa menteri berkenaan telah menghubungi rakan sejawatnya di Britain, Perancis, Republik Czech, Sweden, Argentina, Sepanyol, Macedonia Utara dan Azerbaijan.
Sa’ar turut menghubungi banyak negara lain untuk meminta bantuan.
Menurut laporan, Tel Aviv meminta juga bantuan daripada Greece, Cyprus, Croatia, Itali dan Bulgaria ketika anggota-anggota bomba dan petugas lain bergelut untuk memadamkan api yang semakin marak.
Majlis Keselamatan Negara (NSC) mengesahkan bahawa tiga pesawat ‘Superscooper’ Canadair dari Itali dan Croatia sedang dalam perjalanan untuk membantu operasi memadam kebakaran dari udara.
Menteri Luar Romania memaklumkan Sa’ar bahawa Bucharest akan menghantar dua pesawat hari ini iaitu sebuah untuk memadamkan kebakaran dan sebuah lagi bagi memberikan sokongan logistik.
Hari ini juga, Menteri Luar Sepanyol José Manuel Albares memberitahu Sa’ar bahawa Madrid akan menghantar dua pesawat pemadam kebakaran, dan Perancis berkata ia akan menghantar satu pesawat.
Negara-negara lain bagaimanapun menyatakan ‘kesediaan untuk membantu’ termasuk Ukraine dan Ecuador.
Pasukan pemadam kebakaran antarabangsa pula dijangka mula beroperasi hari ini.
Skuadron pemadam kebakaran udara Elad Israel dan helikopter polis bekerja sepanjang hari untuk memadamkan api, manakala Tentera Udara Israel bersedia untuk memberikan sokongan operasi segera jika diperlukan.
Pihak Berkuasa Palestin juga menawarkan menghantar pasukan pemadam kebakarannya sendiri untuk membantu memerangi kebakaran berhampiran Baitulmaqdis, demikian menurut sumber keselamatan yang bercakap dengan The Times of Israel.
Namun, Israel masih belum menjawab secara rasmi tawaran itu.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg palestin juga offer bantuan nk tolong tapi israel ni macam nak tak nk terima je.
Habeh negara hat dia contact minta bantuan tu mcm mana pulak, diorg mau tolong ke tak, stakat ni ada tak lg mna2 negara offer bantuan selain palestin tu |
|
|
|
|
|
|
|
Doa orang Islam tu mustajab. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ini cara Allah nak tunjuk betapa Israel ini dipulau sehingga serata dunia cuma bertepuk tangan ketika mereka ditimpa musibah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pigi telefon atuk Teram la, nanti dia mesti tolong. |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak la us tolong. Mcm x biase. Tu la suka bom bdk2 lg. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 1-5-2025 09:45 PM
Yg palestin juga offer bantuan nk tolong tapi israel ni macam nak tak nk terima je.
Habeh negara h ...
Cara tulis macam baca sampai habis tapi terlepas perenggan2 tengah eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak lah tolong kau nyah.
Kau jahat.
Kau tiup la api tu sampai padam. |
|
|
|
|
|
|
|
Negara2 arab sekeliling takde dihubungi ke utk mintak bantuan? Dorg takde offer nak tolong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
baikkk..jom tolong padamkan api guna minyak petrol |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa la mcm mana perasaan penduduk Palest|n3 yang ko bakar hidup-hidup..ko bakar rumah mereka tanpa belas kasihan.
Sape la yang sanggup tlg padam kebakaran tu? |
|
|
|
|
|
|
|
marilah baca perenggan tgh juga |
|
|
|
|
|
|
|
Mari lah membaca dari perenggan pertama hingga yg terakhir.
Praktikkn jugak comprehension bahasa melayu anda. Kohhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Aik tak padam2 lagi ke apinya. Dah lama kan terbakar |
|
|
|
|
|
|
| |
|