|
Usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E mengakui bersedia untuk membawa hubungan rapatnya pelakon Erra Fazira ke fasa perkahwinan.
Memetik Oh Bulan, Ezwan berkata perkara yang baik boleh dicepatkan, malah dia dan Erra mempunyai matlamat hidup yang sama.
“Benda yang baik kalau boleh kena cepatkan..tahun ini atau tahun depan. Saya dan Erra, kami kongsi visi dan misi yang sama. Jadi kami mahu menuju pengakhiran yang baik dan imbangi dunia akhirat,” katanya.
Sementara itu, Ezwan berkata dia tidak mahu hubungannya dengan Erra ‘terapung’ tanpa hala tuju dan perbincangan kedua belah pihak telah pun dialkukan.
“Kami lalui hubungan ini tanpa tekanan. Dalam fasa berkenalan ini, kami hanya chil chill sahaja tetapi kita go with the flow. Namun semuanya kena ada perancangan, takkan nak biar tergantung begitu sahaja?” katanya.
Dalam pada itu, Erra turut menyambut baik hasrat Ezwan itu serta memohon agar semua pihak mendoakan semuanya berjalan dengan baik serta dipermudahkan.
“Doakan semuanya okay dan berjalan baik, kita harapkan secepat yang mungkin. Tetapi bila akan berlangsung, sama ada tahun ini atau tahun hadapan itu saya tak tahu. Kami ada perancangan (berkahwin) tetapi tidak mahu memberi tekanan,” katanya.
SUMBER : Utusan Online, Oh Bulan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|